NLP ADALAH METODOLOGI DAN TEKNOLOGI
Neuro Linguistic Programming adalah alat. Ia berkuasa tinggi. Ia alat canggih yang apabila digunakan dengan betul dapat beri impak yang luar biasa. Ia senjata ampuh, teguh dan kukuh. Ia bukan rempoh sembrono.
Ia adalah metodologi. Ada awalan dan akhiran. Ada proses dan cara. Ia juga teknologi memudah dan mempercepatkan kita dapat hasil penyudah. Ia bukan redah sembarangan.
NLP, apabila digunakan dengan mindset positif serta dengan niat baik untuk makhluk manusia ia akan jadikan kita lebih mantap. Jauh dari sentap. Terlepas dari perangkap jangkaan dan pemikiran penuh persepsi.
NLP akan jadikan kita lebih berdaya sumber. Ia kaedah komunikasi dalaman dan luaran. Ia akan bawa impak berlipat ganda bagaikan tembakan tepat peluru perak yang kena pada sasaran walaupun bergerak.
ASAL MUASAL NLP.
Penghujung Ogosl 2018, saya ada ruang masa di Malaysia. Lepas hari raya Qurban saya ke Langkawi. Kemudian terbang ke Port Dickson. Sambung belajar Neuro Linguistic Programming (NLP).
Apa jua ilmu yang dipelajari, penting untuk belajar ilmu usul. Asal muasal. Tatkala gelak gempita tentang NLP, saya telah belajar awal dulu secara tidak langsung dalam tiga siri program 16 hari bersama Tony Robbins pada tahun 2001-2002. Tony Robbins meninggalkan perguruan NLP apabila dia ada masalah dengan Richard Bandler. Tony kemudiannya membuka aliran NAC (Neuro Associative Conditioning)
NLP membanjiri negara kita pada tahun tahun 2000 sehingga hari ini. Kemudian, saya jadi pelik apabila pengetahuan yang bekal alatan kecemerlangan pengamal bersijil ini boleh dipelajari dalam masa singkat waktu.
ILMU LEBAR LUAS
Saya menjauh diri. Sehinggalah Tuan Haji Md Taib membekalkan kelas lama masa 40 hari untuk mereka yang bersungguh sungguh. Dan saya mula terpesona dengan luas lebarnya ilmu ini.
Ini bukan bermakna menafikan kelas aplikasi sehari dari pagi sampai ke petang. Itu memang dibolehkan sebab kelas ringkas sebegini perlu untuk lakukan satu satu perkara dengan alatan yang tersedia.
Minggu ini , dalam kelas “NLP Leadership”, Tuan Haji Md Taib menghurai panjang tentang asal muasal NLP. Ia bukan metafizik. Ia bukan berjalan atas api. Ia bukan berjalan atas kaca. Ia lebih dari segala gimik dan magik yang banyak dipertontonkan sekarang ini dan dijenamakan sebagai NLP.
SIAPA RICHARD BANDLER?
Tokoh pemula NLP adalah Richard Wayne Bandler. Dia lahir 24 Februari 1950. Sekarang penulis dan pelatih di Amerika di bidang swadaya (self help).
Bandler paling dikenal sebagai co-creator (dengan John Grinder) Neuro-linguistic programming (NLP), sebuah metodologi untuk memahami dan mengubah pola perilaku manusia. Bandler juga mengembangkan sistem lain yang bernama Desain Rekayasa Manusia (DHE) dan Neuro Hypnotic Repatterning (NHR).
Bandler dilahirkan di Teaneck, New Jersey. Dia menghabiskan lima tahun pertama hidupnya sebelum berpindah ke California dan pelbagai tempat lain di mana ibu bapanya selalu berpindah randah. Selepas ibu bapanya berpisah, dia berpindah lagi bersama ibunya dan tinggal kebanyakannya di dalam dan di sekitar San Francisco.
Bandler memperoleh ijazah BA dalam sains komputer dan psikologi dari University of California, Santa Cruz, pada tahun 1973, dan ijazah MA dalam psikologi dari Lone Mountain College di San Francisco pada tahun 1975.
DR FRITZ PERLS, PAKAR GESTALT
Bandler adalah pemuda Yahudi yang miskin. Beliau bekerja membersihkan rumah orang kaya bernama Robert Spitzer. Spitzer kemudiannya meminta Bandler mengedit The Gestalt Approach (1973) berdasarkan manuskrip oleh ahli terapi gestalt Fritz Perls (yang meninggal pada tahun 1970).
Bandler juga membantu dengan memeriksa transkrip Witness Witness to Therapy (1973). Menurut Spitzer, “Bandler keluar daripada bercakap dan bertindak seperti Fritz Perls” Bandler telah mengesan ada 7 paten bahasa yang boleh diaplikasi semula.
STUDENT OF SPACE ACADEMY
Dalam pada itu , sebagai pelajar di University of California, Santa Cruz (UCSC) Bandler juga mengetuai kumpulan terapi Gestalt. Kumpulan ini menggelar diri mereka “Student of Space Academy”. Kumpulan ini , antaranya tokoh NLP terkenal dunia kini iaitu, France Pucelik, David Gordon, Leslie Cameron-Bandler, Steve Andreas, Connirae Andreas, Robert Dilts, Stephen Gilligan.
.
Mereka menemui seorang penolong profesor muda , bernama John Grinder. Beberapa kali berusaha, baru dapat kebenaran untuk membantu.
PERTEMUAN DENGAN JOHN GRINDER
John Grinder, seorang penolong profesor di UCSC, berkata kepada Bandler bahawa dia dapat menjelaskan hampir semua soalan dan komen Bandler menggunakan tatabahasa transformasi. Pengkhususan Grinder adalah dalam linguistik.
Bersama-sam John Grinder mereka menciptakan apa yang mereka panggil kumpulan latihan terapi. Tumpuan kumpulan tiga jam seminggu adalah penggunaan bahasa sebagai agen perubahan. Kemudian, mereka memberi tumpuan kepada penggunaan bahasa untuk memahami dan menggunakan “sistem perwakilan”. .
Pengajaran dan bimbingan pelajar mereka menghasilkan pembangunan model yang bertujuan untuk terapi, dan model ini dipanggil Meta-Model. Ini adalah asas untuk buku pertamanya, The Structure of Magic (1975).
SIAPA PULA FRANK PUCELIK?
Seorang lagi yang selalu tercicir nama adalah Frank Pucelik. Beliau adalah orang ketiga yang terlibat di awal NLP. Dia bekerja bersama Richard Bandler dalam upaya pertama untuk memodelkan pola yang digunakan oleh Fritz Perls untuk mencapai kesuksesan yang dapat didasarkan dengan terapi Gestalt.
Dia tetap di kelompok penelitian asli sebagai anggota yang berpartisipasi ketika Bandler dan Grinder bekerja sama. Frank terkenal karena menulis “Magic Demystified” bersama Byron Lewis. “Magic” merupakan pengenalan yang bagus untuk NLP.
SIAPA PROF GREGORY BATESON?
Prof Gregory Bateson mengajar di UCSC, Kresge College seperti mana Grinder. Dia telah berpindah ke sebuah komuniti di Alba Road berhampiran masyarakat gunung Santa Cruz Ben Lomond. Bandler membantu menyewa penginapan untuk Gregory Bateson.
Bateson, “Director Excellence Institute” kemudiannya mempunyai pengaruh yang mendalam pada masa depan Bandler. Beliau memperkenalkan Bandler dan Grinder kepada Milton Erickson. Bateson dikatakan mempunyai kepintaran setara dengan Albert Einstein. Beliau tercatat sebagai “one of the greatest minds of the last century”.
BERTEMU MILTON ERICKSON, HIPNOTERAPIS TERKEMUKA
Bandler, Grinder, France Pucelick, Robert Dilts, Stephen Gilligan, Leslie Cameron-Bandler, Judith DeLozier, David Gordon adalah antara tim awal pengkaji NLP . Kalangan mereka ini menemui Milton Erickson membentuk beberapa model asas bagi pengaturcaraan Neuro-linguistik.
Milton Erickson sebagaimana digambarkan oleh Stephen Giligan dan Robert Dilts dalam buku mereka “The Hero’s Journey” sebagai “the most brilliant psychiatrist, hypnotherapist and healer who has ever lived”. Stephen Gilligan terkenal keahliannya “Erickson Hypnosis and Psychotherapy” dan Robert Dilts dalam “NeuroLinguistic Programming”
Pada tahun 1975, Bandler membentuk syarikatnya sendiri, Meta Publications, dan mengeluarkan Pattern of the Hypnotic Techniques dari Milton H. Erickson Volume I (1975).
BERGABUNG : VIRGINIA SATIR, KAUNSELOR KELUARGA.
Tatkala Frank Pucelik telah terbuang dari tim awal, Bandler dan Grinder meneruskan pengarang Struktur Magic Volume II (1976), Corak Teknik Hypnotic Milton H. Erickson Volume II (1977) dan Changing With Families (1976), yang kemudiannya dikarang bersama seorang lagi tokoh bernama Virginia Satir.
Virginia Satir adalah pengarang dan ahli terapi Amerika, yang terkenal terutama untuk pendekatannya terhadap terapi keluarga dan kerja perintisnya dalam bidang terapi pembinaan semula keluarga. Beliau lahir, 26 Jun 1916, Neillsville, Wisconsin, dan meninggal pada 10 September 1988, di California, Amerika Syarikat.
Bandler dan Grinder kemudian membawa jalan masing masing pada tahun 1980an. Sejak masa itu, kerjaya Bandler telah menumpukan kepada pembangunan dan penyampaian NLP dan konsep yang berkaitan sebagai pengarang, penerbit, pembicara dan perunding awam. Khalayak termasuk individu yang mencari peningkatan kehidupan, dan perniagaan menggunakan konsep dan teknik ini yang ingin meningkatkan jualan mereka.
Demikian juga tokoh tokoh awal dalam membangunkan NLP, masing masing mengembangkan pelbagai kaedah untuk mengembang dan menyebar luas ilmu NLP ini.
RUMUSANNYA
NLP adalah alatan perlu untuk rangka strategi sukses. Kajian menenai prestasi perlakuan kecemerlangan pada jejak kerja Fritz Perls, Milton Erickson, Virginia Satir dan Gregory Bateson.
Ia adalah alatan yang dipermudahkan untuk bantu kita dapatkan apa yang kita inginkan. NLP adalah cara kita memproses apa input yang masuk. NLP adalah komunikasi. Ia adalah linguistik. Bukan metafizik.
Leave a Reply