Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Pertama, ada sesuatu yang bernilai untuk diperkatakan. Tahu dulu, baru sebut. Baca dulu baru menulis.
Kraf mesej dengan bercakap dari hati. Hati yang berkata, hati jua lah yang akan mendengarnya.
Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a berkata, "Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tak suka mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu."
Manusia adalah makhluk yang beremosi. Sandarkan fakta, pandangan dan jualan pada emosi.
Harvey Maackay menyebut, "tiada hubungan bisnes. Semua hubungan adalah hubungan hati untuk saling kenal mengenali"
Isteri saya, Cikpuan Ruzita selalu berkata, "tanpa engagement, tiada pembelian. Manusia bukan boleh diarah perintah untuk beli"
Kedua. Sampai dengan power. Akronim awal yang saya kongsi dalam PSM. Permudahkan. Tambat hati dengan kata kata ajaib menjentik jiwa.
Gunakan ayat singkat, padat dan tidak dapat dilupakan.
Berhati-hatilah dalam perkataan atau perbuatan. Jika salah, itu boleh menyebabkan orang lain terluka. Bagaikan sebuah paku yang menancap pada kayu, walaupun dicabut bekasnya akan tetap ada.
Dalam PSM kami jelaskan titik jemput ada pada akronim. Untuk tingkatkan influence dan impact - gunakan hook, taglines, foundational phrase dan ayat lekat mudah ingat.
Contoh kita sebut - perlunya tiga E dalam public speaking. Apakah tiga E. Energi, Eksperesi dan Emosi. Kemudian huraikan.
Ketiga, sampaikan secara jelas, tepat, dan bersemangat. Jangan membebel. Jangan lari keluar pagar masuk longkang.
Jangan 'wishy washy'. Orang Indonesia panggil plin plan.
Naik pentas dengan bersemangat. Sampaikan dengan tepat Turun dengan gaya hebat.
Keempat. Ubah suasana. Boring tiada tempat di hati audiens. Boring tidak akan dapat menjual.
Kita Zig tatkala orang Zag. Berdiri dan terampil apabila bercakap. Tersendiri apabila menulis.
Ubah acuan. Bina acuan kita. Dan kita akan dapat jual sesuatu yang unik kepada pasaran.
Harga sebuah keluarbiasaan adalah tanggung jawab! Kerana di sanalah teruji setiap perkataan, tindakan, dan kesiapan dalam menghadapi setiap risiko yang bakal muncul.
Bertanggungjawab. Itu pentas panggong kita. Itu adalah wall kita.