Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Ramai yang pernah hadir kelas Public Speaking Mastery, minta saya tulis satu buku (101 tips) yang mudah difaham untuk mereka ulangkaji sebagai bahan bacaan tambahan selepas pulang dari kelas perguruan Public Speaking Mastery.
Buku ingatan yang menggarisbawahi dapatan dapatan yang telah dikongsi sepanjang program. Dekati emas macam emas, dekati jed macam jed. Demikian kata perbidalan kata China.
Ada juga yang tidak berkesempatan hadir, minta juga saya tulis buku mudah. Kata mereka jangan panjang berjela.
Susah mahu hadam dan laksana segera. Jangan jadikan mereka terpinga pinga, kehilangan pedoman tanpa dapat kenalpasti di mana punca ingin bermula.
Dekati ikan, kenali sifat ikan, dekati bukit kenali kicauan unggas. Pengetahuan akan bertambah dan minat akan tumbuh perlahan lahan, apabila mula terdedah akan ilmu bidang tersebut.
Benar juga, mereka belum bertemu hadap, belajar ilmu Public Speaking yang pelik. Ini akan menimbulkan ketakutan pada mereka yang telah sedia gusar untuk datang berguru.
Lalu , inilah bukunya. Ia menjelaskan Public Speaking itu mudah jika tahu caranya.
Ia juga penting, terutama dalam era “jaman now”.
Kemahiran masa kini yang tidak membebankan badan malah boleh membangkitkan harapan untuk dapat pengalaman, tambah kenalan dan buat wang.
Buku ditulis dalam bentuk tajuk ringkas. Harapnya , ia jadi bacaan mudah faham.
Boleh buat dan jalan terus tanpa perlu tangguhan selak lebih banyak lembaran buat permulaan. Ia ditulis dalam bahasa yang mudah faham. Bahasa Melayu Tinggi.
Jika masih tidak faham, boleh mula belajar cara guna BMT. Bahasa atas pentas.
Ia disertai ilustrasi supaya lebih cepat dapat difahami. Sepatah kata orang tua, diingat sepuluh tahun orang muda.
Gerald R Ford, mantan Presiden Amerika Syarikat berkata,
“Andainya saya kembali semula ke kolej, saya akan beri tumpuan kepada dua perkara, belajar menulis dan belajar bercakap di hadapan audiens. Dalam kehidupan, tiada yang lebih penting dari keupayaan bercakap dengan berkesan”
Untuk belajar Public Speaking ini perlu dua perkara awal. Pertama, minat untuk cari tahu. Kuasai ilmu pengetahuan.
Ilmu pengetahuan adalah mengetahui apa yang telah diketahui dan apa yang belum kita ketahui. Fahami beza dua perkara ini.
Kedua, ambil tahu kemahiran kemahiran tertentu dalam Public Speaking. Kuasai alat alat untuk tahu selok belok indah terampil atas pentas.
Ia adalah tentang bahasa dan kata kata. Bahasa adalah alat pakaian akal.
Ia tentang suara. Ia tentang bahasa badan.