Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

7 Perkara Persediaan Sebelum Memulakan Public Speaking

Dalam Public Speaking Mastery, ada 7 perkara persediaan perlu. 

Pertama, dan terutama. Watak Diri dan Gerak Hati.

Kedua, Pola Pembejaran.

Ketiga, Ilmu Pengetahuan dalam Bidang.

Keempat, Pengalaman dan Rekod Kehidupan.

Kelima, Kualiti Suara.

Keenam, The Big Three (TBT)

Ketujuh, Seni Bina Rangkaian.

Pola Pembelajaran yang disusun adalah tentang stamina fizikal. Ia menumpu kepada kawalan pernafasan, dialog dalaman, katalog perkataan, kandungan (konten) dan fonetik (tajwid melayu atau inggeris atau arab).

Kualiti suara pula menekankan pada komponen penyampaian. RPV adalah rate, pitch and volume. Kelajuan, padanan dan kelantangan.

Ada enam elemen suara. Kelantangan (volume). Nada (pitch). Kelajuan (speech rate). Jeda (pause). Lafaz dan sebutan (pronounciation). Ulangan (repetition).

Ada lapan elemen kawalan suara.

Artikulasi.

Cara sebutan.

Variasi nada

Kadar masa bunyi sebutan.

Tekanan suara.

Hentian.

Kelantangan.

Kadar Kelajuan.

Nampak macam hampir sama. Ia ada perbezaan masa latihan.

Apa pula The Big Three?

Pertama, tentang otot tengkok, bahu, lutut dan tumit. ‘Breath support dan anatomy of vocal process’.

TBT yang kedua adalah ‘articulation, enunciation and pronounciation’ (Artikulasi, pengucapan dan sebutan).

TBT yang ketiga adalah postures and gestures. Bahasa badan yang mempengaruhi.

ABC dalam Public Speaking.

Always Be Clear. Sentiasa jelas dan terang. Usah bercakap untuk ‘impress’ orang. Bercakap untuk ‘express”.

Energi. Emosi. Eksperesi.

Ucapan yang baik  bukan semata mata ucapan. Ia tentang berkongsi maklumat dan informasi.

Ucapan yang baik adalah ucapan yang berkongsi tentang diri kita juga. Dalam latihan Public Speaking Mastery, kami selalu beritahu:

“The first result of speech training is self discovery”

Jadi diri sendiri. Bercakap tentang diri tanpa sebut saya. “saya dan saya” membunuh jenama. “Burung cantik kerana bulunya, manusia menarik kerana ilmunya”

Ini adalah kandungan utama dalam Public Speaking Mastery.

My Story.

Kita juga ada mesej. Keluarkan potensi diri.

“Burung ada kumpulannya. Orang ada impiannya”

Sampaikan dengan cara tulus luhur. Khazanah bernilai perlu di rangkai dalam butir manik satu persatu. Ia nampak dan boleh dihitung kira.

Sampaikan dengan cara berkongsi. Bukan sibuk mahu memberitahu. Ambil apa yang perlu, buang apa yang tidak perlu.

Buang antah, pilih beras. Buang sampah, ambil yang bernas.

Wiston Churchill menyebut indah.

“Saya sentiasa sedia untuk belajar. Banyak masa, saya tidak  sedia untuk diajar”.

Jangan mengajar. Jangan menggurui. Terus berkongsi.

“Bunuh harimau perlukan tenaga. Tangkap kera perlukan akal”

Public Speaking adalah proses “menghamil, menggambar dan mempersembahkan”. Persediaan adalah proses menghamilkan. Jaga anak dalam kandungan.

Audiens tahu dan dapat membezakan antara speaker yang bersedia dengan speaker yang “syok sendiri atas pentas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *