Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Mengapa Perlu Belajar Public Speaking? Apa Yang Saya Perhatikan?

Bertahun tahun hadir ke pasaran sebagai Public Speaking Guru, berikan saya banyak dapatan di lapangan.

Pertama. Apabila tiba masanya untuk berdiri di hadapan sekumpulan orang dan berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan mereka untuk melihat sesuatu dengan cara anda, bakal hadirnya tekanan besar, memang tidak dapat disangkal. Itulah yang dihadapi oleh semua manusia.

Tanpa bekal ilmu dan kemahiran (skill) sukar untuk berangkat dari pangkal sampai ke hujung. Ramai dari teman teman bercerita, betapa mereka dangkal ilmu dan kemahiran dalam Public Speaking.

Kedua. Apabila terpaksa bercakap dihadapan khalayak, ramai yang mula tergesa gesa cari Guru. Ia tidak boleh begitu.

Public Speaking adalah Learning by Doing. Ia ambil masa untuk mahir.

Ketiga. Adalah wajar untuk merasa terkawal, dan mempunyai skrip yang ditaip dengan rapi di hadapan anda sebagai speaker - skrip yang menyatakan dengan jelas setiap perkara yang perlu anda buat mengikut urutan tepat yang anda mahu - pastinya kelihatan menarik.

Tetapi adakah itu cara terbaik dalam Public Speaking? Saya beritahu anda, "Tidak".

Telah terperi awal, kajian di lapangan memberitahu bahawa pertaruhan terbaik adalah dengan menginternalisasikan mesej supaya ‘delivery’ kelihatan lebih semula jadi dan spontan.

Saya berpengalaman ke 40 buah Kota Besar NusaNtara, dan telah melihat bila masa kedua-dua pendekatan itu berjalan dengan baik dan adakalanya ia juga gagal dengan teruk.

Skrip bertulis yang dibaca boleh jadi juga bawa impak mengejutkan, dan persembahan yang diinternalisasi boleh pula membawa kecundang parah yang memalukan.

Ia juga selalu boleh berlaku sebaliknya. Sesungguhnya Public Speaking ini penuh dengan kejutan. Ada kalanya menyenangkan dan banyak masa menjatuhkan air muka kita sebagai speaker.

Lalu dalam memulakan perguruan Public Speaking Mastery ini saya berikan kebaikan dan keburukan dua hal tersebut. 

Dengan demikian kita akan mula tenang menjalani proses Power Speak. Belajar Public Speaking secara teratur dan berstruktur.

Apa yang positif tentang baca skrip? Idea dapat disusun dengan jelas - dalam warna hitam dan putih - supaya speaker dapat menyampaikan mesej lengkap dengan kata-kata yang dikarang dengan teliti.

Ini sangat penting dalam situasi urusan rasmi jabatan , kerajaan, ucapan CEO atau Pak Menteri, apabila apa yang bakal diperkatakan itu akan menjadi sebahagian daripada catatan sejarah, atau ketika ada keperluan yang tepat untuk bercakap padat dalam masa yang sempat, seperti mengucapkan terima kasih kepada senarai panjang orang kenamaan di khalayak.

Membaca skrip membuat speaker berasa lebih selamat kerana dia tahu, ianya bukan sekadar membebel tanpa agenda atau bicara kosong semata mata. Ada panduan dan pedoman.

Speaker akan sentiasa ada ‘pelampung keselamatan’ - dapat melihat teks dan meneruskannya.

Membaca skrip juga akan meminimumkan masa latihan. Kerja sebenar dilakukan apabila skrip selesai. Masa awal awal digunakan semasa menyiapkan skrip.

Speaker mesti berlatih banyak kali membacanya dengan lantang. Suara kuat dan penyebutan perkataan yang tepat.

Ini supaya speaker menjadi biasa dengan isi halaman. Latihan akan boleh mempelbagaikan nada pertuturan, sekaligus artikulasi perkataan akan menjadi mudah.

Membaca skrip membuat speaker kelihatan bersedia, cerdas, dan mungkin juga nampak cendikiawan gaya ahli akademik. Memang pun secara tradisi, di banyak persidangan akademik, para sarjana memang dijemput untuk membaca skrip atau teks syarahan yang telah mereka sediakan.

Mengapa jadi negatif apabila membaca skrip?

Apabila membaca prosa bertulis, speaker akan terdengar formal dan jauh dari santai serta tiada pertembungan mata (eye contact).

Manusia adalah makhluk sosial. Kita tidak bercakap dalam ayat yang lengkap. Irama prosa formal sangat berbeza dengan rentak pertuturan spontan.

Pelakon umpamanya berlatih selama bertahun-tahun untuk dapat membuat skrip bertulis terdengar "nyata" atau ada irama percakapan. Hanya sedikit manusia di luar yang mendapat latihan formal bidang teater akan mempunyai kemampuan ini.

Saya membesar masa Ronald W. Reagan menjadi Presiden Amerika Syarikat dan dia bermula sebagai seorang pelakon.

Ronald Wilson Reagan adalah seorang ahli politik Amerika yang bertugas sebagai presiden ke-40 Amerika Syarikat dari tahun 1981 hingga 1989 dan menjadi suara konservatisme moden yang sangat berpengaruh.

Sebelum menjadi presiden, dia adalah pelakon Hollywood dan pemimpin kesatuan sekerja sebelum berkhidmat sebagai gabenor California ke-33 dari 1967 hingga 1975

Balik pada ucapan membaca skrip. Keupayaan speaker untuk menjaga hubungan mata dengan audiens adalah terhad. Ini bermaksud lebih sukar bagi speaker untuk menyampaikan saluran rasa yakin dan percaya kepada audiens.

Akibatnya, speaker yang amatur mungkin cuba memanipulasi suara mereka untuk menunjukkan keyakinan diri. Ini lagi lah boleh menambahkan masalah hilang identiti diri sebenar mereka.
.
Apabila speaker membaca skrip, sukar juga bagi mereka untuk membaca gerak geri libat sama audiens mereka. Mata speaker tertuju pada halaman untuk memastikan bahawa dia tidak kehilangan baris ayat dari bacaan .

Ada kalanya speaker telah kehilangan perhatian audiens atau telah juga menyinggung perasaan mereka dengan cara tertentu. Keadaan akan jadi lebih sukar dan rumit untuk speaker membuat penyesuaian.

Dalam Public Speaking Mastery , saya selalu menerangkan - adaptasi bahasa badan, suara dan cerita adalah kunci penyesuaian dan sumber dialog libat sama dan libat rasa dengan audiens.

Apabila asyik membaca skrip, audiens tidak dapat melihat speaker sedang berfikir di atas kaki mereka sendiri. Audiens tahu speaker tidak tampil selesa nyaman rasa di bawah tekanan, dan gagal menunjukkan kualiti kepemimpinan terbaik yang ada pada speaker.

Speaker menghadapi kesukaran untuk mewujudkan rasa keakraban dengan audiens kerana mereka berdiri di belakang rostrum atau podium dan ada halangan dengan audiens.

Hakikat nyata, audiens mendambakan keintiman dengan penutur. Mereka ingin tahu siapa speaker sebenarnya.

Garisbawahi perkataan ini, "Mereka tidak peduli berapa banyak yang anda tahu sehingga mereka tahu betapa anda peduli (ambil berat) tentang mereka."

Dalam Public Speaking Mastery, kami berkongsi, "Apa Perlu Buat Message Map?"

Dalam perguruan Public Speaking Mastery, saya kuat menekankan peri pentingnya menyiapkan Message Map.

Garisbawahi, tanpa skrip, speaker akan bebas untuk menjauhi rostrum, bergerak kedepan ke khalayak ramai, terlibat dalam dialog dengan audiens, beralih ke skrin PowerPoint dan menunjukkan sesuatu, atau duduk di kerusi atau meja dan kelihatan tidak rasmi.

Hakikat nyata, speaker kelihatan lebih mudah diakses oleh seseorang. Audiens anda lebih terlibat sama kerana speaker sebenarnya bercakap dari hati (atau dari ingatan).

Inilah kunci kekuatan Tony Robbins – Mega Motivator Dunia. Ini lah juga keupayaan Dato’ Hussamuddin Yaacub, orang yang saya panggil Guru Besar Bangsa Usahawan Malaysia.

Ini lah bakat besar yang ada pada Tan Sri Annuar Haji Musa, Guru dan Mentor Public Speaking saya. Dia unggul dengan menyiapkan Message Map pada helaian kertas atau tisu sahaja dan bercakap dari ingatan pada kerangka kasar yang dibuat.

Audiens akan beri perhatian kerana mereka mengharapkan yang tidak dijangka: kejutan menyenangkan. Mereka tidak pasti dan berminat untuk cari tahu lagi, apa yang speaker akan katakan seterusnya.

Bagi mereka para audiens, speaker seperti ini ada kekuatan tersendiri kerana speaker sentiasa kelihatan berimprovisasi dan akan selalu beri kejutan yang menyenangkan.

Speaker yang bercakap dari hati atau dari ingatan, boleh menjaga hubungan mata secara berterusan. Speaker dapat memerhatikan riak wajah dan bahasa badan audiens dan dapat bertindak balas terhadap apa yang anda lihat.

Speaker tidak dibatasi oleh teks, dan oleh itu ucapan atau persembahan mereka hampir sama dengan dialog. Spontan dan berkesan.

Dialog dan penceritaan yang disampaikan dalam gaya bertutur menggunakan jeda adalah talian kejap yang mengikat manusia audiens dengan speaker.

Pembentangan mereka lebih seperti kuliah interaktif daripada ucapan formal, dan terbukti sudah berdasarkan kajian , ia menunjukkan bahawa audiens interaktif yang terlibat sama akan lebih senang dipujuk daripada audiens yang menjauhi dan terasing dari speaker.

Garisbawahi, Penonton melihat speaker berfikir di atas kaki sendiri, dan speaker memperlihatkan sifat watak yang memerlukan keberanian dan keyakinan.

Inilah yang selalu saya sebut sebagai tersendiri, berdikari dan luar biasa sekali dilihat berprestasi tinggi.

Menginternalisasi mesej bermaksud bercakap dari hati atau bercakap dari ingatan. Kata-kata akan berubah sedikit setiap kali speaker menyampaikan mesej dari tempat yang berbeza, namun kandungan intinya tidak akan berubah.

Sebagai speaker kita akan menemui kaedah baru dan InshaAllah akan lebih baik untuk menyatakan apa yang kita maksudkan sekiranya dapat memberi syarahan berkali-kali dalam masa dan tempat yang berbeza.

Dalam Perguruan Public Speaking Mastery selalu saya ulang sebut, banyak orang keluar masuk dalam kehidupan kita, tapi hanya ungkapan dari hati yang akan meninggalkan jejak kaki di sanubari manusia.

Tanya lagi sekali, Mengapa Perlu Buat Message Map? Menyiapkan message map adalah kerja keras.

Ia memerlukan masa untuk berlatih dengan kuat dan lebih awal serta lebih kerap sehingga apa yang ingin disampaikan (syarahan anda) tersimpan dalam ingatan. Ia adalah teknik yang paling berkesan.

Jika sediakan skrip bertulis, berdasarkan dalam pengalaman saya , ia perlu dalam perniagaan. Ia adalah tanggungjawab. Ia akan jadikan dokumen perutusan CEO.

Begitupun rata rata pekerja dan ahli kumpulan mengharapkan Ketua mereka dapat membicarakan bidang kepakaran mereka tanpa bantuan teks.

Pemimpin perniagaan pula, walaupun mereka mungkin bukan pakar dalam semua aspek perniagaan, perlu menyampaikan pesan kepemimpinan mereka dengan mewujudkan ikatan dengan audiens. Belajar untuk menjauhkan diri dari teks.

Bercakap dari hati, InshaAllah hati jua yang akan mendengar. Bercakap dari ingatan, ia akan kekal lama dalam ingatan audiens.

Kumandang suara ke telinga dan ada pandangan mata terobos ke fikiran dan masuk ke hati hati mereka.

Itulah kekuatan yang bakal diperolehi oleh pemimpin perusahaan, CEO syarikat, Pak Menteri dan Kepala Negeri - apabila mereka menguasai Power Speak dalam perguruan Public Speaking Mastery .

Mereka memimpin dengan 'language of hope' dan dapat mendorong ahli kumpulan untuk berusaha mempengaruhi ahli pasukan untuk bersama bergerak maju ke depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *