Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Cabaran 2021 Adalah PPE

Pandemik. 31.12.2020 menutup tirai dengan angka 2525. Tertinggi setakat ini. Apakah ia bakal sampai 5000 sehari , seperti ramalan pakar dari China?

Kegilaan berpolitik menjadikan bangsa ini berperang dari awal mula sampai hujung nyawa. Mereka "tak kaba ingat" - Covid atau tidak - pada kalangan ahli politik mereka hanya tahu kerusi dan kuasa.

Sekarang ekonomi. Antara dua imbangan. Tidak bergerak bererti ekonomi akan terus meranap. Gagal jaga jarak jadikan banyak jiwa menghiba meratap.

Justeru apakah gerak tindak kita? Apakah yang kita ada sekarang?

1. Urus prioriti. Apakah kerja yang mendekatkan kita pada tujuan hidup - itu yang kita utamakan. Kerja itu ibadah.

2. Urus masa sebaik cara. Usia sudah berada di hujung masa. Manfaatkan setiap detik dan ketika untuk bekal hari akan datang tatkala berada di alam lain.

3. Urus diri. Tidak peduli caci maki manusia lain. Kita jalan terus ke destinasi impian diri. Padamkan perkataan "apa orang kata."

4. Urus energi. Tidak buang tenaga pada perkara tidak perlu dalam hidup. Alangkah ruginya hidup apabila terus meratap menghiba dan rasukan iblis dalam jiwa yang penuh dengan dendam dan iri hati.

5. Urus hubungan dengan Allah dan manusia. Berikan yang terbaik kepada lingkungan dan mereka yang dekat dengan kita. Minta walaupun perkara remeh temeh hanya kepada Allah SWT jua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *