Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Miliki Upaya Memujuk Orang Lain

Dalam sejarah,  manusia yang berkesan memiliki upaya memujuk orang lain. Mereka ini ada kesan pengaruh.

Apabila Demosthenes berucap, orang berkata, “Beliau adalah pemidato handal”.

Namun begitu, apabila Alciabiades berucap, orang berkata, “Mari kita bertindak”.

Manusia mahukan ucapan libatrasa dan libatsama yang ada hubungan dengan hati.

Bukan sekadar berperi berapi api namun tetap tiada tindakan yang pasti.

Ucapan yang diukur dengan masa akan mati dengan masa.

Ucapan isu isu semasa yang sekadar menyokong dan membangkang tanpa ada suntikan pemikiran yang tajam akan hilang sebaik selesai disampaikan.

Bina kesan keserasian semasa menyampaikan. Cipta nilai bersama. Ini tanggungjawab seorang Public Speaker.

Apabila berucap, gunakan Bahasa Melayu Tinggi.

BMT bukan bermakna  guna jargon yang pelik atau slanga yang tidak difahami oleh semua orang.

BMT adalah cakap jelas dan terang , memudahkan makna untuk semua orang faham.

 George Eliot menulis:
Bahasa yang paling indah diperkatakan adalah kata kata mudah dan tidak mencelarukan minda mereka yang mendengar

Bercakap bukan sekadar untuk sedap didengar. Apa yang utama impaknya elok lah dipraktikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *