Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Teori Dalam Dalam Public Speaking Mastery

Demikian lah Public Speaking Mastery. Persembahan dari ilmuwan sekaligus sasterawan. Peyampaian bernas dari tukang cerita yang terobos terus ke dalam dada.

Memberitahu , berkongsi fakta dan data terbaru serta terkini. Sekaligus pandai merangkai abjad berkisah memerikan kebijaksanaan untuk beri mudah faham.

‘Public Speaker’ adalah guru penceritaan kisah. Pengusir jauh keraguan dan rasa takut yang selalu datang merayapi ‘nyali bertali tali’ pada mereka yang hadir sebagai khalayak.

Bina keyakinan. Tanpa benang, sapu tangan tidak dapat dijahit. Tanpa buluh, rakit tidak dapat diikat. Tanpa keyakinan ,sukar untuk kita mula berucap.

Mulai sekarang ingat :

Ethos, Logos dan Pathos.

Pegang erat tiga perkataan ini.

Ketiga tiga elemen ini perlu diakrabkan bersama untuk menggerak dan memujuk audiens supaya mempunyai kebersamaan nilai dan kepercayaan dengan Public Speaker.

Ucapan yang baik secara teorinya akan mengandungi 65% pathos. 25% Logos dan 10% Ethos.

Ucapan yang baik ada rumah ceritanya. Pathos. Cerita adalah data yang berjiwa.

Ada tiga bentuk cerita. Personal stories. Stories about other people. Stories about brand success.

Inilh antara perkara perkara yang kami tekankan dalam kelas kelas Public Speaking Mastery.

Leave a Reply

Your email address will not be published.