Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Ada lapan langkah ucapan berkesan. Kuasai ini sebagai permulaan. Ia amat membantu seorang Public Speaker.

Pertama. Kawal Kegugupan. Ada tiga jenis phobia.

Laliophobia. Demophobia. Katagelophobia.

Takut untuk mula bercakap. Takut pada audiens. Takut dicemuh dan dikutuk.

Kedua. Analisa Audiens. Upaya untuk bercakap kepada audiens ikut kadar akal masing masing. Ia berkait dengan gaya bahasa yang kita pilih.

Ketiga. Kumpul Bahan. (Inventio). Pilih topik. Rumuskan tema topik. Jadikan ia frasa yang melekat dan ulang sekurang kurannya 3 kali sepanjang ucapan.

Keempat. Susn Bahan. (Dispotio). Ia akan bentuk aliran mudah jadi perjalanan untuk diingat oleh audiens.

Kelima. Rancang Pengenalan. Audiens akan nilai berbaloikah mereka ikut ucapan kita dalam edah masa 120 saat setelah kita mula buka mulut.  Hafal pembukaan. (Memoria)

Keenam. Rangka sepakan padu sebagai penutup. Kesan akhir yang melekat. Landing yang akan diingat.

Ketujuh. Berlatih. Berlatih. Berlatih. Elocutio. Pronounciatio. Actio.

Kelapan. Sampaikan ucapan. Ada tiga jenis ucapan. Apa yang kita telah rangka ingin sampaikan. Apa yang kita sampaikan. Apa yang kita rasa patut sampaikan.

Usah berkeluh kesah. Berdamai diri. Terima sahaja apa yang kita sampaikan. Lain kali ada peluang lagi. Sampaikan lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *