Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Pertama, sentiasa ingat untuk senyum.
Muka adalah tempat yang paling penting.
Ia mudah ditatap lihat orang.
Mulakan persembahan ucapan dengan impresi wajah ceria. Audiens akan mudah terima mesej secara suka dan rela apabila wajah speaker terlihat mesra.
Senyum apabila perlu. Manusia memerlukan senyuman awalan untuk senyum balik. Interaksi sebegini adalah kunci pembuka hati.
Kita akan rasa selesa dengan audiens yang rasa selesa dengan kita. Ia bergantung kepada bagaimana membawa audiens berada pada tahap yang kita bina dan mengekalkan mereka dalam wilayah bual bicara itu.
Kedua. Kekalkan pertembungan mata.
Ia jadikan persembahan lebih dekat dan melekat dijiwa. Audiens akan fokus kepada apa yang kita sampaikan apabila mereka merasakan kita bercakap tepat kepada mereka.
Ketiga. Kekalkan isyarat tangan.
Ia lebih menerang makna apabila kita mahu memberitahu sesuatu. Penekanan perkataan dengan isyarat tangan menjadikan manusia lebih mudah untuk mengingati fakta atau konsep apabila mereka ditambat dengan pergerakan dan tindakan yang spesifik.
Keempat. Sentiasa dalam keadaan ‘open posture’.
Audiens akan lebih responsive kepada open posture. Berbanding dengan Public Speaker yang menutup diri. ‘Membuka diri’ akan terbitkan kepercayaan yang tinggi.
Sekarang ramai speaker tidak lagi guna rostrum. Tiada lagi istilah berkubu. Badan tertutup atau terlindung secara bawah sedarnya menghalang audiens dari menerima mesej yang ingin kita sampaikan.
Kelima. Berdiri pada pasak pentas. Posisikan diri pada satu titik. Kemudian bergerak dengan tenang. Penuhi ruang pentas secara teratur, tertib dan terancang.
Aliran pergerakan akan bentuk keyakinan. Ia bina kejelikatan antara logik yang diadun dalam mesra dalam rumah cerita apabila disampaikan dalam nada suara perkataan berirama. Ini sudah masuk level tinggi.