Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Jadi pakar buyology. “Bersayap lebar dengan budi bicara. Terbang tinggi dengan semangat ingin berjaya”.

Semua ucapan kurang harganya. Apabila ia diucap dengan pengetahuan semata mata.Ucapan itu menjadi mahal harganya apabila diadun emosi.

Ditimbang dahulu di neraca hati, sebelum keluar dari mulut untuk kita sampaikan dengan berperi.

Apa yang disampaikan dari hati, hati jualah yang akan mendengarnya nanti. Apa yang disampaikan dari mulut akan sampai hanya di gegendang telinga.

Buah dikenal dari pohonnya. Orang dikenal dari tutur katanya.

Apabila minda dibiarkan terbuka untuk terima ilmu ilmu berguna, minda akan berkembang dengan ketara. Berlapang dada dalam perbezaan pendapat.

Kata kata yang diucapkan sejak sekian lama menjadi pembeza ketara antara minda orang bijaksana dengan minda si tolol dan si bangang.

Apakah pembezanya?

Orang bijaksana tahu perkataan mana perlu diguna dan perkataan mana perlu ditinggalkan dahulu.

Minda si bangang akan membiarkan setiap perkataan berterbangan. Semudah menjadikan kata kata mereka  sebagai bahan sembang dan  temberang.

Jadi orang bijaksana. Baru kata kata kita didengar orang. Tanpa pengetahuan, hanya dapat menyara diri sendiri. Dengan pengetahuan, boleh menyara semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.