Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Bukan sekadar apa yang kita kata. Ianya tentang bagaimana kita memperkatakannya.

Ia bersyarat. Apa syaratnya?

Pertama. Apabila speaker ada sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Kesan keawalan dan kesan kebaharuan.

Kedua. Apabila speaker tulus luhur memperkatakannya. Berkongsi maklumat dengan audiens.

Apabila dua syarat ini dipenuhi, ia akan membuka jendela penerimaan audiens dan dapat meningkatkan darjah kefahaman audiens.

Apabila penyampaian teratur, peluang untuk berjaya tinggi sekali. Kita menyukai speaker berpengalaman yang menyampaikan konten menarik.  Kita teruja.

Kita rasa hampa apabila konten disampaikan dengan cara teruk. Membebel dan senada.

Bahasa penuh jargon dan lontaran suara tidak dikunyah dengan baik. Kita kecewa.

Kita mahu kepada konten yang luar biasa baik. Disampaikan dengan persembahan menarik.

Baik itu konten. Menarik itu untuk penyampaian. Delivery.

Kebolehterimaan audiens berdasarkan kelompok juga. Ada kelompok yang mencari maklumat.

Kelompok auditory digital. Mereka ini akan mengambil nota.

Ada kelompok visual dan auditory. Mereka ini suka lihat dan tadah telinga. Kelompok ini mementingkan gaya, mutu dan keunggulan persembahan.

Fahami audiens . Samada kita berada di dasar lautan dalam kelompok penyu yang bijkasana atau berada di angkasa raya bersyarah kepada helang yang terbang tinggi.

Ataupun bersembang dengan anak ayam yang asyik dengan telefon pintar – memicit dan berdecit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *