Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Dalam hadits riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak , melihat kepada rupa paras dan harta benda kamu, akan tetapi Dia melihat kepada hati hati dan amalan amalan kamu”

Jaga lidah kita.  Rasulullah SAW mengajar kita untuk jernih bertutur dan sentiasa berkisah perkara perkara penuh manfaat.

Jangan utarakan perkataan yang mengandungi kebatilan, maksiat dan dosa. Ia, sekelumit pun tidak menguntungkan kita samada di dunia mahupun di akhirat.

Lidah orang berakal terletak di belakang hatinya. Apabila dia hendak berbicara, maka dia dapat kembali ke hatinya.

Jika dia dapat mengendaikan perkataannya, baru dia berbicara. Jika dia tidak dapat menahan perkataannya, dia akan diam seribu bahasa.

Sebaliknya hati orang yang bodoh, terletak dibelakang lidahnya. Dia berbicara mengenai semua hal sesukanya sahaja. Empat syarat untuk jaga lidah.

Pertama, hendak lah perkataan yang dikeluarkan itu mendatangkan faedah.

Hindarkan dari hal hal yang merugikan.

Kedua,apabila mengeluarkan perkataan, pilih masa dan tempat yang sesuai.

Ketiga, ungkapkan perkataan yang ringkas atau sekadar keperluan sahaja.

Keempat, apabila hendak berkata, pilih pilih lah perkataan yang hendak diucapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *