Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Dua Bentuk Komunikasi Menulis Dan Bercakap

Membaca adalah jalan kematangan. Menulis adalah seni menjelaskan. Mengungkapkan adalah seni memahamkan.

Ada dua bentuk komunikasi dalam bisnes yang kita boleh guna segera. Pertama, menulis -menyediakan rancangan dan membuat lapuran. Kedua, bercakap. Memberi orang faham dengan menyampaikan

Ianya adalah ‘learnable skill’. Kemahiran yang boleh dipelajari.

Jed kalau tida diukir tidak bernilai. Manusia kalau tidak diasah tidak berguna.

Menjadi komunikator professional adalah impian ramai orang.

Ada lapan (8) kompetensi yang perlu dikuasai. Para pakar dalam bidang bahagikan kepada empat (4) tajuk besar yang dapat difahami mudah.

Empat tajuk itu adalah pertama, KEPETAHAN.

Ia tentang mekanik platform dan cara gaya persembahan serta penyampaian.

Ketenangan penawar simpulan.

Tajuk kedua.  Kompetensi . Kedayausahawanan. Kewiraswastaan. Ia adalah tentang pengurusan bisnes dan jualan serta pemasaran. Perlu ada elemen ini untuk sukses.

Kerana tali panjang, layang layang terbang jauh.

Jangan  jadi Public Speaker yang kocek berlubang. Mulut lantang, kaki patah kepenatan.

Ketiga, Kompetensi . Kepakaran. Pemilihan dan pembangunan topik dan pembangunan produk serta buku yang telah ditulis.

Kerja rumit, hasilnya halus. Berusaha dengan sungguh sungguh. Lengkapkan apa yang ada dan kita akan dapat lihat hasil yang membanggakan.

Keempat, Kompetensi Kepatuhan Etika. Apa yang dari awal kita sebut sebagai  Ethos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *