Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Komunikasi masa kini bukan lagi tentang ceramah yang berapi api. Manusia masa kini mahukan interaksi. ‘Connection and Engagement’.
Manusia masa kini tidak lagi suka digurui. Diberitahu itu dan ini. Maklumat telah melimpah ruah. Justeru, apa jua yang berbentuk retorik dan bersifat “oratory contest” , yang dulunya nampak meriah untuk terserlah, tidak lagi dipandang endah oleh audiens.
Audiens mahukan hubungan emosi. Sesuatu yang dapat menjadikan mereka melekat pada kerusi. Rasa senang dalam diri dan senyum terukir apabila majlis berakhir.
Telah berakhir era taklimat. Usah jadikan kerja menyampaikan taklimat. Caragaya lama sebegitu menjadikan otak pendengar jadi penat.
Suara mendatar tanpa gerak tangan (gestures). Bahasa tubuh terikat dan audiens akan mula menjadi bosan memerhatikan gelagat.
Garis bawahi sekali lagi:
Audiens mahukan hubungan emosi.
Ini yang kita panggil sebagai Pathos.
Bukan sekadar fakta yang memeragakan organisasi dan banyak ‘kesayaan’ menyombong diri. Buang skrip dari tangan.
Slaid boleh digunakan selagi ia bertindak sebagai prompter, peta perjalanan penyampaian. Slaid harus penuh visual.
Satu idea sahaja pada satu slaid akan jadikan ia sesuatu yang sangat berkesan. Usah terlalu bergantung pada power point. Banyak gunakan poin poin power.
Berlatih dan berlatih. Kerja menajamkan kapak tidak akan melengahkan kerja membelah kayu.
Usah tergesa gesa. Kiambang yang tidak berakar masakan dapat menghasilkan kayu.