Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Dunia telah berubah. Jangan menjerit laung. Dunia kini penuh dengan alat bantu yang boleh menambah baik persembahan kita atas pentas ataupun semasa bercakap.
Staging. Pementasan. Pentas. Dalam bahasa Indonesia, dipanggil Pemanggunan. Panggong. Ia merangkumi platform, stand, podium, stage, rostrum dan apa jua yang ada atas pentas.
Lighting. Pencahayaan. Lampu yang sesuai. Tidak terlalu terang dan bukan malap sehingga suram suasana.
Choreography. Pergerakan kita semasa diatas pentas. Tandakan titik berdiri dan bergerak ikut aturan perlu. Bahagikan pentas kepada ‘enam petak’ .
Jangan merayau jauh ke sana ke mari. Ada satu petak wajib berdiri. 3 petak boleh pergi dan 2 petak dilarang sama sekali.
Sistem bunyi. Ia kena disesuaikan dengan suara kita.
Public Speaking dalam dunia sekarang meliputi, bercakap terus dalam seminar atau apa jua acara. Ia juga boleh dalam bentuk video, online atau banyak lagi cara.
Apapun cara yang kita pilih , ia tetap sama. Ia perlukan strategi elak kegugupan, gangguan, kecemasan, alatan yang timbulkan masalah secara tiba tiba, tidak cukup pencahayaan, gangguan penghawa dingin ataupun masalah tidak cukup masa.
Public Speaking Mastery juga berkongsi teknik bina rumah pathos sebelum masukkan fakta logos. Tanpa rumah, segala fakta akan bertaburan tidak dapat dikutip oleh audiens yang datang mendengar ataupun yang menonton live video kita.