Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Buat Ucapan Kecil Setiap Hari

Untuk menjadi Public Speaker yang lebih baik, terus buat "Ucapan Kecil Setiap Hari”

Ada banyak perbezaan antara "bercakap bersama audiens" daripada "bercakap bersembang sesama kita"?

Bersembang sesama kawan yang telah hiasa kita kenali, tidak menimbulkan kegugupan. Kita sudah kenal mesra dan tidak ambil kisah apakah tujuan kita bercakap.

Tidak sampai maksud pun tidak apa. Lain kali boleh sembang lagi.

Garisbawahi. Seorang public speaker tahu, mereka pun serupa apabila bersembang dengan kawan. Tiada unsur kepanikan. Cuuma tetap berusaha membawa masuk - menyelinap ucapan harian kecil ke dalam perbualan "biasa", dan orang yang mereka lawan bercakap mungkin tidak akan perasan!

Apakah yang dimaksudkan dengan Public Speaking?

Kita boleh memikirkan pengucapan awam sebagai "apa-apa yang tidak bersifat peribadi," tetapi perbezaan yang besar ialah ucapan awam (public speaking) adalah ucapan yang mempunyai matlamat.

Apabila  membuat "ucapan," mengulas dalam mesyuarat, berhujah atas kedudukan, atau menyampaikan mesej, kita  mungkin mempunyai hasil tertentu dalam fikiran. Kita mahu pendengar melakukan sesuatu - beli produk , mendaftar untuk program , bersetuju dengan nilai diri - atau supaya mereka buat sesuatu yang berbeza.

Apabila kita hanya "bercakap," sebaliknya, ia lebih terbuka. Kita hanya mempunyai matlamat umum - untuk bersenang-senang dengan kawan-kawan, atau meluahkan tentang kekecewaan hari ini.

Apa yang nyata, kita tidak aktif bekerja ke arah keputusan yang ditentukan atau yang di mahukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *