Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Gerak Tindak Untuk Capai Kepetahan

Apakah  tindakan untuk menjadikan public speaking kita ‘presenting and performing? Untuk mencapai matlamat pengucapan awam, kita wajar ambil beberapa atau semua tindakan berikut:

Rancang apa yang akan kita ingin katakan terlebih dahulu.

Pastikan ada pembukaan. Ada rumah pathos. Ada inti logos.

Berlatih dengan mengatakannya terlebih dahulu.

Bercakap dengan lebih jelas, supaya mudah didengar.

Bercakap lebih teratur dan berstruktur, supaya mudah didengar.

Bulatkan perkataan. Lontarkan supaya ia padat dan kejap.

Bercakap dengan keyakinan atau kuasa yang lebih daripada yang apa yang kita gunakan dalam perbualan santai.

Tonton reaksi pendengar , dan tekankan perkara-perkara yang nampaknya meyakinkan mereka.

Pendengar  tidak semestinya menyedari bahawa kita telah  ambil segala tindakan ini. Samada mereka sedari atau tidak, itu bukan urusan kita. Apa yang utama, sebagai public speaker, kita tahu semua langkah itu ada dalam proses pemikiran kita sekarang.

Untuk “Membuat Ucapan Harian Kecil”, sentiasa berfikir seperti seorang Public Speaker.

Jika benar bahawa tindakan yang  telah disenaraikan diatas membezakan kebernasan dan kepetahan kita, maka itu juga benar bahawa, setiap kali kita mengamalkan dengan  melakukan salah satu daripada perkara ini, kita sebenarnya sedang mengamalkan Kemahiran Bercakap sebagai Public Speaker.

Setiap kali kita berlatih melakukan beberapa daripada 8 perkara diatas, kita sedang  berlatih memberi ucapan.

Perbidalan kata mengajar kita:

Mahukan kejayaan besar, kena sanggup keluarkan belanja.
Mahukan kerja disempurnakan, hendaklah alat ditajamkan dahulu. Tiada yang percuma, mana ada kuda yang baik larian laju yang tidak makan rumput.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *