Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Public Speaking Itu Ketagih Abadi

Pentas itu ada badi. Sekali dua cuba ia memang mengerikan. Lama lama kita akan ketagih abadi. Mahu lagi dan lagi.

Apabila  seseorang dalam hidup  (pasangan, kawan, rakan sekerja, ibu bapa) mencadangkan melakukan sesuatu yang kita tidak mahu lakukan, jangan hanya mengatakan, "Tidak, saya tidak merasakannya ia perlu!"

Apatah lagi, jika permintaan itu untuk kita naik pentas.

Lakukan sahaja, tanpa ragu ragu. Usah malu, segan dan pilu.

Sebaliknya, ambil peluang itu untuk mengamalkan kemahiran public speaking. Ia adalah peluang yang supermahal apabila kita telah mula dapat menguasainya.

Dalam ucapan harian , salinlah bagaimana seorang Public Speaker menggunakan bahasa badan mereka. Sudah tentu, kata-kata bukanlah satu-satunya perkara yang memisahkan "bercakap depan audiens" dengan  "bercakap sesama kawan"

Public Speaker yang baik juga menggunakan badan mereka untuk membantu mereka “memujuk audiens”. Untuk melihat apa yang di maksudkan, bahasa badan membentuk 55% dari keberkesanan.

Luruskan kedudukan awak. Manfaatkan bahu.

Ia kunci tubuh yang berkeyakinan tinggi.

Longgarkan lutut, supaya tidak nampak berdiri bagai tiang.

Angkat tumit setiap kali buat penekanan kata kata sehingga audiens turut rasa teruja.

Lihat audiens dengan mata pada tiga kedudukan. Tengah, tepi kanan dan tepi kiri sehingga semua orang rasa kita sedang memandang mereka. Cari muka muka mesra.

Bercakap dengan teratur dan sebutan jelas.

Nyatakan posisi diri  dengan keyakinan (sama ada  merasa yakin, atau sekurang kurangnya boleh berbunyi seperti itu!)

Pastikan, apabila kita melakukan ini, mesej yang ingin disampaikan adalah jelas berurutan.

Susun semua mesej.

Ini namanya  Dispotio.

Public Speaking itu ada keajaibannya. Ia bukan sihir. Ia ajaib.

Ia adalah kata kata melalui suara yang digubah jadi bahasa jiwa dengan bahasa badan yang setara, lantas ia mendorong manusia untuk bangun dan terus buat segera.

Pastikan ia mudah, jelas, dan fokus; maklumkan apa yang kita mahu dengan kuasa Public Speaking.

Penghantaran “presenting and performing” - dan jangkaan tepat kita, apa  yang orang akan dengar - akan meningkatkan komentar penerimaan pada apa yang mita sampaikan.

Setiap “ucapan mini” yang meyakinkan akan mendorong kita untuk meningkatkan prestasi sebagai Public Speaker profesional yang ditunggu tunggu oleh ramai orang.

Dan ada “bayaran ganda” untuk tindakan ini:

Bukan sahaja kita akan mendapati lebih selesa menggunakan kemahiran berbicara - public speaking mastery, tetapi kita mungkin akan mendapat bayaran untuk tampil ke pentas lebih banyak daripada apa yang kita minta juga!

Leave a Reply

Your email address will not be published.