Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

ILMU MAHAL: Buat Latihan Jeda. Contoh Latihan Buat Hari Hari: Gunakan Jeda Seperti Public Speaker

Satu lagi perkara yang dilakukan oleh Public Speaker  adalah menggunakan banyak jeda dalam ucapan  supaya pendengar mempunyai peluang untuk mendengar dan memahami satu frasa  sebelum kita meneruskan kepada idea seterusnya.

Sekali lagi, permainan ini adalah:

Bolehkah kita menambah ... berhenti ... dalam  perbualan dengan rakan? Bolehkah kita melakukannya ... tanpa mereka sedar… bahawa sesuatu .. yang  berbeza.. sedang berlaku?

Sejauh mana… kita boleh melakukan ini ... sebelum mereka perasan? Sekali lagi, …kita tidak boleh kehilangan permainan ini.

Anda boleh mengambil pendekatan ini untuk mengamalkan hampir apa-apa aspek dalam Public Speaking.

Ingin:

Cakap kuat sikit?

Bercakap satu patah demi patah. Perlahankan tempo?

Gunakan lebih banyak penekanan?

Buat lebih banyak hubungan mata?

Senyum semasa kita bercakap?

Berhenti pada tempat tempat tertentu.

Sekali atau dua kali sehari, ambil beberapa minit untuk bermain dengan tabiat ini. Mulailah dengan membuat perubahan kecil dengan cara kita biasa bercakap.

Kemudian anjakan jumlah perubahan itu secara berperingkat, sedikit demi sedikit lebih banyak. Jika ada orang mula mencurigai apa yang dilakukan, kita akan tahu bahawa kita telah pergi terlalu jauh.

Ambil satu langkah ke belakang, dan amalkan dahulu supaya jadi kebiasaan, di tempat yang manis di mana ucapan kita mudah difahami, tetapi masih semulajadi.

Timbul persolan: Tetapi tidakkah saya menjadi malu jika mereka tahu saya cuba cara baru dan lari dari kebiasaan?

Kecuali rakan-rakan kita adalah orang jahat dan khianat, InshaAllah kita tidak akan berdepan dengan masalah besar. Perkara paling buruk yang berlaku, jika mereka memikirkan apa yang sedang cuba kita mahu lakukan, adalah kita akan mendapat ketawa perli yang baik, dan mungkin mendapat sedikit mengejek.

Aaahh. Itu perkara biasa sahaja.

Orang yang mahu berjaya tidak berkira dengan hal yang remeh temeh.

“Pisau tajam kerana diasah sungguh. Askar gagah kerana dilatih benar”

Tetapi selalunya saya perhatikan bahawa mereka tidak akan mempersendakan tuan dan cikpuan. Mereka mungkin mendapati diri baru ini perlu diberi lebih perhatian. Mereka juga akan  berfikir lebih lanjut mengenai apa yang di katakan.

Lebih menarik  mereka tidak akan tahu mengapa mereka mula berikan perhatian dan tumpuan pada apa yang telah tuan dan cikpuan sampaikan.

Cuba, dan lihat kesannya!

Kata orang tua tua, “patuhi peraturan, sukanya setiap hari; langar peraturan, dukanya saban hari”

“Pekerjaan itu jaya kerana rajin, kandas kerana malas. Perbuatan itu jayanya kerana fikir dan zikir, kandas kerana ikut dan rasa takut”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *