Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Kelancaran berbicara. Penggunaan kata-kata yang lancar dan terampil untuk membujuk atau menggerakkan pendengar atau pembaca.
Kefasihan adalah upaya menyampaikan lukisan fikiran kepada audiens. Ada enam elemen yang membentuk kefasihan.
Garisbawahi, kefasihan adalah dari sudut pandang audiens yang melihat dan mendengar. Bukan dari dimensi mereka yang menyampaikan.
Elemen pertama adalah iklim hubungan. Ia adalah kedekatan rasa dan mesra bersahabat. Terasa bagaikan ada jabatan tangan erat. Tautan rapat.
Iklim yang mesra begini datangnya dari bagaimana susun atur bilik dibuat. Pastikan tiada kerusi kosong. Ini rukun paling utama.
Susun kerusi dengan jaminan audiens yang bakal datang akan lebih banyak dari bilangan kerusi. Tambah kerusi apabila semua kerusi telah terisi.
Adanya kerusi kosong akan menjarakkan audiens. Jarak akan menyukarkan rasa kedekatan. Ia merenggangkan.
Jika kerusi telah lekat dan tidak dapat diubah seperti auditorium, pastikan bahagian belakang ditutup dahulu. Jangan biarkan sesiapa pun mengisi bahagian belakang. Penuhi bahagian depan dahulu.
Jika susun atur dalam bentuk meja bulat , pastikan meja itu agak rapat dengan pentas utama dan juga letakkan meja itu agak berdekatan antara satu sama lain.
Kata kuncinya bilik yang penuh akan menimbulkan aroma persahabatan erat dan kumpulan yang terikat erat. Sekaligus segala penyampaian akan mudah lekat dan kekal lama dalam ingatan.
Sebarang ruang kosong (jika ada lompang dan lubang – kerusi tanpa orang) akan menghilangkan energi persembahan. Energi kekal bertahan dan memuncak tinggi jika audiens duduk rapat bahu membahu dalam saf yang teratur.
Perbidalan kata menyebut, “Bara menjulang kerana banyaknya kayu. Suara terdengar kerana banyaknya orang bahu membahu.”