Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Ini elemen kedua. Adalah kritikal untuk Public Speaker datang awal. Buat semakan pada susunan bilik. Jika ada perubahan yang perlu dibuat , uruskan segera dengan penganjur.
Saya berpengalaman melihat lagenda dunia, motivator tersohor Zig Ziglar yang menulis buku ‘See You At The Top’, semasa hayatnya datang ke Kuala Lumpur. Waktu itu, beliau telah berusia 75 tahun.
Beliau terbang 24 jam dari Amerika Syarikat dan sampai di KL jam 8 malam. Selepas dinner, beliau terus ke dewan untuk melihat susunan tempat dan memastikan semua persiapan teratur sehingga jam 12 malam sebelum berehat untuk sesi 3 jam penuh bertenaga bersama beliau keesokan paginya.
Kemudian, pastikan penganjur, memperkenalkan kita kepada nama nama utama. Peserta eloknya ada tanda nama. Lekat dalam ingat nama peserta yang sempat berbual dengan kita.
Sebut nama nama mereka dalam rangkaian cerita kita.
Jawab soalan awal dalam ucapan kita. Jadikan majlis hidup dengan penuh hubungan kemanusiaan. Kita sedang membangun dan membugarkan jiwa jiwa manusia untuk terus bersemarak ingin berjaya.
Manusia perlukan tiga perkara asas. Tempat yang selesa, makan yang berselera dan kemesraan tercipta dalam naungan kasih sayang dan penghargaan. Berikan itu dalam acara yang kita kendalikan.