Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Utamakan Keselesaan Kita Sebagai Speaker

Elemen ketiga. Apabila speaker tidak selesa, gugup dan mula meraban , audiens dapat mengesannya. Pada masa ini, ia sangat menganggu dan suasana tegang mula terasa.

Sebagai orang yang ada atas pentas, tugas meredakan ketegangan dan membina persekitaran aman dan nyaman adalah tugas speaker. Cipta energi yang relax dan sekitaran yang saling mendokong.

Ia bermula dari atas pentas. Jelaskan apa yang kita mahu, tanpa ragu dan berselindung? Utamakan keselesaan kita untuk menyampaikan pada audiens.

Apakah kita mahu rostrum? Apakah tanpa rostrum, kita akan rasa tidak terlindung. Terdedah dan kita tidak dapat memberikan penyampaian mudah.

Apakah tahap terang pencahayaan yang kita mahu? Adalah kita siapkan nota pengenalan diri untuk emcee perkenalkan diri kita kepada audiens? Atau kita telah ada ETR video .

Apakah mikrofon yang kita mahu guna? Cordless atau mikrofon yang dapat kita pegang?

Kita akan naik ke pentas dari arah depan atau keluar dari belakang pentas? Apakah kita perlukan peralatan khas?

Siapakah yang akan jaga alat bantu kita? LCD dan sebagainya? Berapa kah jangka masa kita dibenarkan bercakap?

Siapakah yang akan bercakap selepas dari kita? Apakah reputasi yang dia punyai?

Semua ini penting. Ini adalah elemen ketiga yang perlu kita kuasai untuk membantu kefasihan kita dalam menyampaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *