Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Keyakinan Pada Diri Public Speaker

Ini elemen keenam. Ia adalah faktor dalaman. Inilah pembeza antara Public Speaker yang berwibawa dengan mereka yang baru bermula.

Ini bezanya antara “anak burung yang bersayap lembut hendak terbang ke poko tinggi” dengan “helang yang biasa berterbangan di atas awan”

Apakah dia? Ia faktor ‘intangible’. Tidak ketara. Berdiri tinggi nampak jauh.

Hanya semarak dalam jiwa. Terjelma dalam rupa wajah dan gerak gaya. Ilmu yang diguna akan berikan keyakinan luar biasa.

Laluan perit sukar untuk cipta kejayaan akan berikan kekuatan dalam berkata. Ia tulus tulin.

Keringat dari penat. Lelah dengan peluh tumpah. Sakit luka kecewa akan membugarkan jiwa. Apa yang datang dari jiwa akan menyapa gelombang minda semua audiens untuk terpaku mendengar menghayati cerita.

Ada satu perasaan bagaikan air terjun ‘dari tempat tinggi menjunam laju ke lembah’ – ritma aliran bebas perasaan memandaikan orang lain supaya tidak buat silap macam kita.

Ia jadikan speaker sedar dan berawas dari ego diri. Padamnya rasa bongkak, sombong diri. Tidak promosi siapa kita.

Ia adalah perasaan suka membantu orang lain untuk berjaya. Sebolehnya lebih dari kita.

Apabila kita ada elemen keenam ini, maka usaha untuk dapatkan segera lima lagi elemen yang awal jadi tidak sulit. Ia datang dengan sendiri sebab rasa percaya diri.

Kita minta semua kemudahan itu, bukan untuk diri namun ia untuk “memberi tanpa nanti, berkongsi tanpa henti”

Leave a Reply

Your email address will not be published.