Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Ini Ajaran Pelik – Lupakan Perkataan

Saya suka kata-kata! Malah sampai dipanggil Jutawan Perkataan. Tetapi jika kita mahu menjadi Public Speaker yang kuat, cuba letakkannya dari fikiran.

“Lupakan Perkataan”.

Apa? Kita mungkin tertanya-tanya. Bukankah Public Speaking itu tentang kata-kata?

Tidak sama sekali - dan ini sebabnya mengapa:

Public Speaking adalah “Berkenaan Maksudnya, Bukan Frasa”.

Jika ada frasa menarik untuk mendidik, ia baik. Jika tiada, ia tetap juga baik. Usah galak mahu memetik kata kata itu dan ini di mana mana.

Antara ketiga-tiga ayat dibawah yang manakah yang paling "berkesan" (dalam erti kata ia meraih dan memegang perhatian diri, dan membuat kita berfikir)?

Bagi orang ramai, ekonomi pulih perlahan-lahan.

Pemulihan ekonomi kita terlalu lambat untuk ramai orang.

Pemulihan? Bagi ramai orang, ia terlalu perlahan.

Tidak terdapat perbezaan fungsi antara ayat-ayat ini. Begitupun, setiap satu tidak sama "berkesan." Samada kita  yakin bahawa pemulihan terlalu perlahan, dan mungkin tidak; tetapi ia tidak akan sama kesannya.

Bezanya kerana ungkapan digunakan.

Bagaimana pula dengan ketiga-tiga pilihan ini?

Saya gembira berada bersama tuan dan cikpuan hari ini.

Saya teruja berada di sini  hari ini.

Saya sungguh bahagia berada di sini , bersama dengan tuan dan cikpuan hari ini. Ia hari bermakna buat saya.

Tiga ayat ini juga menggambarkan "perbezaan tanpa perbezaan." Adakah benar-benar penting jika kita mengatakan "gembira," "teruja," atau "bahagia"? Sudah tentu tidak!

Apa yang penting ialah apakah kita  maksudkan apa yang kita katakan - mana-mana perkataan yang kita pilih - dan penonton tahu itu benar datang dari gambaran hati- ia akan terobos dalam jiwa.

Memandangkan perkataan tidak begitu perlu, dan ia hanya sekitar 7% hingga 10% sahaja, untuk permulaan, jangan risau mengenai mereka pada peringkat permulaan kita sebagai Public Speaker.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *