Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Berlatih Bercakap Tentang Idea Kita

Public Speaking adalah antara ketakutan utama manusia. Ramai orang takut berbicara dengan orang ramai, lebih-lebih lagi apabila mereka cuba untuk menggunakan kata "betul", perkataan "baik", atau perkataan "terbaik".

Sama ada khalayak anda adalah 2 orang atau 2000, ada perkara yang lebih baik untuk difikirkan daripada pilihan perkataan!

Apakah perkara itu?

Adakah saya relaks, dan berasa terhubung (engagement)

dengan diri dan pendengar saya?

Adakah mereka memahami apa yang saya katakan?

Adakah ia akan membantu mereka jika saya menambah lebih terperinci, atau kurang? Pergi lebih cepat, atau perlahan?

Adakah tenaga saya pada tahap tinggi? Adakah saya perlu memanggil rizab energi?

Kemudian, sebagai tambahan kepada apa yang diatas, kita juga akan memikirkan apa yang perlu katakan, dan apa yang akan kita katakan seterusnya.

Tetapi, ada tetapinya. Sebelum berfikir tentang perkataan yang akan kita katakan seterusnya. Fikirkan apakah idea seterusnya.

Apabila kita mahu terus membangunkan kemahiran Public Speaking, Ingat:

Berlatih bercakap tentang idea. Jangan berlatih kata-kata.

Jika menggunakan perkataan yang kita tidak suka semasa berlatih, jangan berhenti dan betulkan diri . Teruskan.

Jika  menggunakan perkataan yang tidak disukai ketika menyampaikan, cuba jangan kecewa. Teruskan.

Fokus kepada pendengar , dan samada mereka seolah-olah memahami apa yang diperkatakan.

Ingat rukun  Public Speaking ini:

Jika kita bercakap dan mereka mendengar, itu tanda kita sudah melakukannya dengan betul!

Kata-kata mempunyai tempat tertentu dalam Public Speaking, tetapi ia ada kesan yang lebih kecil daripada anggapan kebanyakan orang. Apabila sampai tahap tertentu, berbekalkan pengalaman dan pengetahuan, barulah “dengar kicauan tahulah burungnya. Dengar kata kata kenallah orangnya”

Oleh itu, daripada bimbang tentang pilihan perkataan individu, tumpu pada idea dan hubungan kita sebagai Public Speaker dengan audiens.

Untuk permulaan: Lupakan dahulu tentang pemilihan kata-kata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *