Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Berjaya Dengan Pedoman Iman

Saya facetime dengan Piya.
Piya, "Papa, saya dan kak Yong akan ke Kuala Lumpur. Mahu jumpa papa, mama, kak Yah dan kak Wani"

Saya, "Baik".

Piya, "Malam tadi saya tidur dalam kesedihan. Saya telah hampakan papa dan mama dan keluarga kita. Keluarga kita straight A".

Saya, "Hahahahaha"

Piya, "Papa gelakkan saya".

Saya. "Malam tadi mama kata, papa mengingau memanggil manggil nama Piya. Bukankah Piya ambil 8 subjek". "Hilang A dalam subjek Cina apa masalahnya".

Piya, "Saya tidak banding dengan orang lain. Subjek yang saya tumpu Cina. Itu adalah ukuran saya,papa".

Saya, "Apakah tidak ada ruang untuk berdamai dengan diri".

Piya, "Boleh. Tapi ia telah luka berparut".

Saya, "Piya sudah ikut cara papa bercakap". "Kita tidak pergi kesekolah hanya untuk dapat A. Kita ke sekolah untuk dapat ilmu pengetahuan".

" Kita ambil periksa bukan untuk banding dan tanding. Kita ambil periksa untuk faham akan ilmu masa sekarang, masa depan dan masa silam".

"Kita berjaya dengan pedoman Iman. Percaya pada Tuhan. Bukan mahu menayang nayang".

"Cuba teka berapa A orang ini dapat".
.
"Kita mulakan dengan berapa A ,(PM) NAJIB RAZAK, (Tok Guru Haji) HADI AWANG, (Dato' Seri) ANWAR IBRAHIM, (Tun) MAHATHIR MUHAMAD"

Piya, "mudah aja PM Najib = 3A. Tok Guru Haji Hadi Awang = 3A. Dato' Seri Anwar Ibrahim = 3A. Tun Mahathir Mohamad = 4A"

Saya, "Bagus. Senyum. Mana tahu semua ini" . Piya, "Joke budak sekolah. Hahahaha".

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *