Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Itu Cara Tuhan Tunjukkan Jalan Untuk Jadi Orang Lebih Terbilang

Papa dalam kelas.
.Jauh 300 m, hampir 1000 kaki di tingkat atas Menara Kuala Lumpur. Sedang bertugas memandaikan bangsa.

Piya sudah balik ke rumah kita dari sekolah. Tidur dulu sebentar anaknda. Tidur dengan lena dan dengar suara papa yang berbicara sejak dari tadika.

Nanti bangun lega lah minda. Impian papa hari ini , nyata tidak memberikan kegembiraan kepada Piya. Andai itu maafkan papa, anaknda.

Papa hanya mahu Piya berani bercita cita besar. Terokai bumi luas pandangan tidak tergambar. Usah ada rasa gentar dantahu apaitu erti sabar.

Terlepas dua subjek bukan lah dosa anaknda. Baring dan bayangkan dunia besar. Piya berada dalamnya dan telah jadi insan berguna.

"Terbang bersayap" dan melihat dari awan tinggi, macam ceritaDoraemon. Papa dan mama ada kat bawah di laman Puteri tempat kita mengelamun.

Melambai pada Piya yang sedang berjaya bersiaran menjulang kecemerlangan. Anakku, untuk jadi orang terbilang, ada banyak masa kita terlepas apa yang kita genggam. Kita rasa telah kecundang.

Hakikatnya itu cara Tuhan tunjukkan jalan untuk jadi orang lebih terbilang. Panggil "Bubu dan Billy" dakap dia dan berkongsi segala rasa dengan Bubu dan Billy.

Mereka berdua dari kaum "Bulus" dan tahu "erti luka" untuk bentuk kita jadi orang terkemuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.