Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Telefon Piya,dalam keadaan menangis teresak esak.
"Papa saya minta maaf. Subjek bahasa Cina tidak capai apa yang dijangka. Saya hanya dapat B untuk Bahasa Cina Penulisan dan D pula untuk Bahasa Cina pemahaman"
Saya, "Piya menangis kah""Piya sedih kah?"
Piya, "saya sedih sebab Piya telah kecewakan papa". "Piya tidak tunai apa yang papa harapkan"
Saya, "Mana Piya tahu, papa sedang kecewa. Papa sedang bergembira.Piya terpukul pada permulaan perjalanan"
"Jalan masih panjang. Ingat 2200 jam masa untuk lancar berkata dan pintar menulis character Cina. Masa depan terbentang luas buat Piya".
Piya, "saya tidak sebijak kakak kakak"
Saya, "Hehehe. Kerana subjek Cina dapat B dan D, Piya berkata begitu. Proses Piya, proses. Itu yang akan bawa kita ke depan".
Piya, "Pedih dan sedih".
.
Saya, "Rasakan sekarang.Tusukan tajam apabila berada di medan yang penuh ketidaktentuan". "Masa depan adalah negara Cina. Mereka akan jadi kuasa besar ekonomi dunia"
"Berdiri tegak anakku. hadapkan muka mu kedepan. Kesat air mata dan terus melangkah. Dunia tidak menunggu kita untuk meratap menghiba hanya kerana dua subjek itu".
"Nanti datang KL dan kita sama sama tengok wayang.Tutup buku babak sekolah rendah. Kita sambung pelajaran menengah di Sekolah Cina juga. Apayang kita lemah,itu yang kita pulun sampai terserlah".
.
Piya, "Tapi papa"
.
Saya, "Tiada tapinya. Terus berlari. Lari dan lari. Hari ini sekadar hujan rintik waktu pagi dan kita gembira riang ria menikmati hari hari yang penuh tidak pasti"
"Ingat dua perkara ini. Usah menangis apabila putus cinta. Usah menangis apabila tidak mendapat apa yang dipinta. Menangis hanya apabila rasa berdosa tidak tunai apa ya g Allah mahu kita buat sepanjang masa".
Dan tangisan pun mula reda. Air mata tidak lagi berderaian ke pipi anaknda.