Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Ini foto anaknda masa kecil, 5 tahun usia.

Masa masa indah papa menunggu bawah pokok sambil membaca. Setiap petang menunggu Piya pulang dari pra-persekolahan dan tadah telinga mendengar cerita.

8 tahun jarak masa anaknda. Esok sampailah waktunya.

Kita telah berusaha seupaya. Apa jua keputusan kita terima dengan mesra. Tanda bahagianya mengharung edah masa, waktu bersama.

Memori indah kekal terpahat dalam lubuk jiwa. Kisah kita sekeluarga terutama masa berbicara anaknda dan papa.

Tadi Piya hantar mesej dengan nada meminta restu papa.

"Pa tolong doakan saya untuk esok keputusan periksa"

Papa jawab, "papa sentiasa doakan kejayaan Piya. Malam ini papa solat hajat pohon pada yang Esa. Kita berusaha, Allah tentu segalanya. InshaAllah, apa jua result, kita terima seadanya"

Demikian kita telah menamatkan pusingan pertama dalam persekolahan anaknda. 2 + 6 , lapan tahun lamanya.

Doakan jua umur papa panjang usia, dapat melihat anaknda 20 tahun lagi, jadi manusia berguna membela agama, memajukan bangsa dan memakmurkan negara untaian zamrud khatulistiwa, Malaysia tercinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published.