Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Papa Rindu Piya…

Beberapa hari jauh dari Piya, hati jadi begitu rindu. Inilah kelemahan saya. Apabila berpisah jauh dari anak anak, jiwa terasa kosong.

Piya melapurkan sekali lagi, dia mengungguli Public Speaking di sekolah. Dan mendapat tempat kedua dalam penulisan artikel Bahasa Inggeris peringkat sekolah.

Sekolah Cina. Mereka buat dan buat. Melatih tubi walaupun pembelajaran telah tamat. Menyediakan generasi untuk ekonomi bersandarkan Cina pada alaf depan.

Sekolah Melayu juga mungkin begitu.

Piya bercerita rasa kecewa juga, berada di tempat kedua.

Saya sebut pada Piya, "bukan angka. Bukan kedudukan. Yang utama tambatan minat dan besarkan bakat"

"Sentiasa buat andaian berani dalam hidup. Ia umpama gerak pertama dalam permianan catur. Ia mungkin akan dimakan lawan. Apapun ia tetap permulaan kepada permainan yang bakal berakhir dengan kemenangan"

Leave a Reply

Your email address will not be published.