Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Dua minggu lepas, dia balik sekolah dengan gembira. "Saya terpilih wakili sekolah. Pertandingan Public Speaking pada 8hb November".

Saya, "Biar papa latih dan bimbing lah. Sebutan. Kesan Dramatik. Kesan Energetik" "Papa rasa gembira dapat latih Piya".

Piya, "Baik. Saya mahu papa latih saya"

Saya, "Berapa minit ucapan. Papa buatkan teks"

Piya, "5 minit. Papa tidak perlu buat teks. Sekolah telah buat teks".

Saya, " 5 minit kena ada 750 patah perkataan. Stail cikgu apabila jadi juri mereka mahu lebih cakap"

Seminggu kemudian, ada surat atas meja. Saya kena sign. Pertandingan pada 3hb November antara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil seluruh Kelantan.

Saya, "Piya. Perhatikan lidah India. Mereka petah dan menyebut Bahasa Inggeris dengan lancar" "Piya wajar kuasai fonetik cara Queen's English.

Piya, "Tak nak berlatih dengan papa. Kesan dramatik , kesan energetik. Fonetik. Macam macam komen". "Saya berlatih di sekolah sahaja"

Saya, "Baik. Papa mahu bantu.Piya sudah yakin dengan latihan sekolah, tak apa lah. Jangan marah papa".

Semalam. Balik sekolah dengan muka masam . Piya cuba senyum. Ada kelat diwajah.

Piya, "Saya tidak menang. Teks saya 6 paragraf. Teks orang lain 13 paragraf. Orang lain bercakap penuh dramatik. Saya pula diberitahu supaya kelihatan cool".

Saya, "Apa yang telah berlaku telah berlaku. Tumpukan anak panah pemikiran kehadapan. Ada banyak lagi peluang. Ingat 3 perkara dalam kehidupan"

"Pertama, setiap sesuatu berlaku ikut zaman. ADA PERATURAN ZAMAN. Budak budak ada peraturan budak. Hakimnya cikgu-cikgu memang suka kesan dramatik dan kesan energetik. Kaum India kuasai kesan begini. "

Piya, "Betul papa. Budak India menang".

Saya, "Kedua, Kejayaan bermula dalam hidup adalah apabila kita cuba buat dan tersilap lalu kita bangkit selepas jatuh. Kita belajar sebelum periksa dan pada hari selepas periksa kita terus baca buku dalam bidang yang sama. KEJAYAAN ADALAH USAHA BERTERUSAN"

"Ketiga, Piya telah terlibat dengan Public Speaking dan Storytelling ini sejak usia 9 tahun. Teruskan. PENGALAMAN dan PENDEADAHAN itu akan bantu Piya"

"Nanti ikuti advanced content writing pula. Ini adalah kemahiran perlu masa depan".

Leave a Reply

Your email address will not be published.