Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Nursyahirah Aisyah hantar mesej. "Papa nanti datang KL bawa buku My Name is Hasmah". Saya, "Baik, nanti papa carikan letak duduknya buku itu".
Masa mencari Piya ikut sama. Dia lihat cara saya letak buku pada rak baru. Piya, "Bagaimana papa letak buku buku ini?".
Saya, "Untuk rak baru ini papa letak atas sekali kumpulan koleksi al Quran serta kitab kitab tafsir dan Kitab hadith al Bukhari serta Muslim. Hujung rak atas buku Hamka, Ibnu Khaldun dan Zaaba. Hujung satu lagi Ulum al Quran.
Pada rak bawah semua buku Sirah dan catatan tentang Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Beratus ratus buku di situ.
Pada rak bawah sekali ,papa letak hujung sebelah sini koleksi syarah Al Hikam. Banyak tokoh syarahkan kitab Syaikh Ibn'Atha'illah as Sakandari ini. Dalam group ini papa letak buku tulisan Ustaz Muhadir Haji Joll , Habib Ali Zainal Abidin, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu AlBanjari al Makki dan ramai lagi.
Pada hujung sebelah sana buku Dr Aidh bin Abdullah Al Qarni, Dr Amru Khalid, Dr MAZA dan ramai lagi ilmuwan. Pada rak tengah buku tulisan SS Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan ramai lagi.
Piya, "Apa sebab papa susun begitu?" Saya, "Takut mereka berdebat tengah tengah malam. "Berjidal". Tidak dapat tidur kita nanti"
Piya, "Hihihi. Papa berhalusinasi. Oh Ya 8hb Nov saya ada pertandingan Public Speaking bahasa Inggeris antara sekolah. Saya wakili SJK (Cina) Chung Cheng. Tapi saya tak mahu belajar dengan papa. Banyak sangat komen sana komen sini".
Saya, "Ermmm..."