Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Piya Mahu Berlatih Public Speaking Dengan Papa!

Mama, cikpuan Ruzita Jaafar mahu keluar. Jumpa kawan bisnes. Ajak kami semua. Makan Satey.

Piya kata dia mahu ada di rumah. Berlatih Public Speaking dengan papa. Nanti dia kena wakil sekolah dan ada pertandingan.

Saya kata mama masak aja apa yang patut. Masak kicap pucuk paku. Goreng ikan "nabi". Segar.

Mama keluar, kami makan. Ulam kunyit, bawang putih dan timun. Bawang Besar India di letak atas pemanggan. Tiga anak makan pakai chop stick. Papa pakai tangan.

Habis makan, Piya berlatih. Saya dapati beliau lancar, petah dan bahasa badan juga kongruen dengan apa yang diperkatakan. Posture bagus. Nampak stage presence.

Cuma sebutan English itu perlu kejap, lantang dan sebutir butir. Piyaterlalu British. Ya, perbaiki DIKSI GAYA MALAYSIA, dia ada harapan juara.

Dua kali berlatih, dia letih. Berehat dan kami menonton cerita seram.Cerita hantuuuuuu.

Habis menonton, Piya bagi komen, "Ia tidak menakutkan. Cerita paling menakutkan adalah Nang Nak"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *