Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Pembentukan Watak. Apa Yang Perlu Tahu?

Lawatan 4 hari 3 malam. Kami satu famili sambut di airport. Sampai sampai sahaja, Piya terus naik kereta. Menangis.

"Saya rindu famili kita". "Saya tidak gembira pun jalan ke sana ke mari" "Tapi kawan kawan saya nampak gembira".

Saya senyum.

Kita tidak boleh mengajar anak anak tentang charcter (pembentukan watak) macam kita ajar matematik. Anak tidak terbentuk rasa ingin tahu dengan kita berikan syarahan tentang rasa ingin tahu. Mereka perlu lalui dengan pengalaman.

Keupayaan non-cognitive akan hanya terbentuk dengan persekitaran. Seorang anak akan punya penguasaan non cognitive dengan persekitaran keluarga dan persekitaran sekolah.

Apabila persekitaran sekolah lebih membentuk watak itu tanda anak itu akan lebih dipengaruhi oleh guru dan kawan dari ayah bonda.

Sepanjang atas kereta Piya agak malas bercerita. Kakak kakak cuba bertanya namun da tidak teruja. Jawab Piya, "Tidak banyak cerita menarik. Pergi balik saya duduk sebelah Lee Lao Tze"

Balik rumah Piya tanya, "Apa yang papa rasa pengajaran saya perolehi dari lawatan begini". Jawab saya, "sifat berhati-hati, teliti, rasa ingin tahu, kawalan diri berkawan kawan serta keyakinan berdikari".

Piya jawab, "ermmmm"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *