Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Piya pergi lawatan sekolah. Lawat Kuala Lumpur dan Putrajaya. Naik Air Asia.

Kawan kawan Piya ramai yang teruja. Piya lahir di Kuala Lumpur dan selalu ikut papa dan mama ke sana ke mari hantar mesej, "semua tempat lawatan ini kita telah pergi papa. Piya nak balik"

Mama, cikpuan Ruzita Jaafar mula bising, "mama dah cakap tidak perlu pergi. Papa yang lebih lebih galakkan pergi". Saya diam.

Sampai KL, hari pertama lagi Piya sudah kehilangan duit. Bekalan untuk belanja tiada. Bawa rm200. Hilang dalam tandas. Samada hilang tanpa bekas atau kena kebas, tidak perlu buat "post mortem". Jangan ada tuduh menuduh. Berprasangka itu huduh.

Saya bersuara, "Pergi lawatan bukan tujuan mahu lihat tempat semata mata. Tujuan utama adalah berkawan kawan. 90% dari kawan kawan itu pelajar Cina. Cikgu pun semua Cina. Ini masa untuk tahu erti berkawan dan bekerjasama".

Puan Guru Puan Ainon Mohd pesan , "Dalam bisnes, skill berkawan-kawan dan bekerja dalam kumpulan adalah modal kejayaan yang sangat berharga. Ini namanya ber-networking"

"Duit hilang adalah pengalaman yang akan Piya ingat sampai bila bila. Hilang rm200 itu mahal dari segi nilai pengalaman. Hidup tidak bergaris lurus. Sentiasa ada cabaran di mana mana".

Nursyazwani Roslan pandu kereta dari universiti ,cari adik untuk berikan duit. Saya senyum . Itu tanda bantu membantu saat sukar dan memerlukan. Sentiasa ada pengajaran.

Tiap malam Piya hantar mesej. "Piya rindukan papa dan mama". Saya minta mama Piya balaskan, "Kita akan belajar erti rindu apabila berjauhan. Dalam kehidupan usah ambil mudah. Sayang menyangi masa jasad masih bernyawa. Apabila jasad terbujur kaku dan telinga tidak mendengar lagi, kata kata "kasih dan sayang" sudah tiada makna".

Piya balas, "ini bukan kata kata mama. Ini semua papa yang kata".

Saya balas, "Inilah masa meletakkan nama kita dalam jiwa lao Tze. 20 tahun lagi, apabila Piya kunjungi Lao Tze dan dia sudah tua, dia akan tetap menyebut, Piya murid kesayangan dan kebanggan"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *