Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Sangat Menyenangkan Apabila Dapat Melakukan Hal Mustahil.
Sekitar usia 10 tahun saya terbaca, kisah Sir Roger Bannister dan The Four-Minute Mile.
Ia jadikan saya seorang anak kampung yang bersemangat.
Sir Roger Bannister adalah orang pertama yang menempuh jarak satu batu dalam masa kurang dari empat minit. Sehingga dia melakukannya pada tahun 1954, kebanyakan orang menganggap tanda empat minit itu mustahil untuk disudahkan pada garis penamat.
Rata rata pada masa itu berpendapat bahawa tubuh manusia tidak dapat bergerak secara fizikal secepat itu - bahawa ia akan “patah riuk” di bawah tekanan.
Mereka seakan sepakat mengatakan:
Tidak ada yang dapat berlari sejauh kurang dari empat minit.
Tidak mungkin.
Anda memang gila untuk mencuba.
Ia jadi pegangan pendapat, sehingga Bannister dengan penuh percaya diri berani membuktikan bahawa pendapat itu salah.
Bannister berlatih dengan caranya sendiri, sering kali tidak terlalu lama dibandingkan dengan pesaingnya, dan percaya bahawa dia dapat melakukannya.
Apakah yang luar biasa? Apabila ia diluar dari minda kebiasaan. Sesuatu yang berbeza dari kebiasaan.
Bannister tidak dilahirkan dengan sudu perak di mulutnya dan dulang emas menyambut kelahirannya.
Bannister berasal dari keluarga kelas pekerja biasa. Dia ingin belajar perubatan, tetapi dia tahu ibu bapanya tidak akan mampu menghantarnya ke universiti.
Pada usia sepuluh tahun, dia menyangka hidup sangat membosankan sehingga dia benar-benar senang dengan Perang Dunia kedua.
Dia fikir ia akan 'menghidupkan sedikit' seakan memberi kehangatan dan perisa enak kepada kehidupan yang terlalu biasa itu
Bannister Memutuskan Mengubah Perkara.
Dia “telan pil berani” untuk memecahkan kemustahilan jadi realiti.
Dia mendapati dia mempunyai bakat untuk berlari dan berlatih untuk mencapai sesuati. Dia memutuskan untuk memenangi biasiswa ke universiti melalui olahraga.
Bannister buat keputusan dan dia lakukan. Kerja kerasnya terbayar - dia mendapat biasiswa untuk trek dan olahraga ke Universiti Oxford.
Semasa dia di universiti, wartawan akhbar mula mengesan bakat beliau. Dia enggan bertanding di Olimpik 1948.
Dia terus berlatih dan menyaksikann Olimpik 48. Ia memberi inspirasi kepadanya untuk terus maju dan bersaing di Olimpik 1952.
Pada ketika ini, jangkaan cukup tinggi . Bannister dijangka menang 1500 meter.
Great Britain menjangkakan dia akan menang. Semua orang mengharapkan dia menang.
Tetapi, pada saat-saat terakhir, jadwal diubah, mengganggu rutin rehat Bannister dan dia berada di tangga keempat.
Dia gagal pingat di Olimpik. Hentakan pertama yang kuat menukar “arang jadi berlian.”
Dan dia terkilan sehinggakan dia menghabiskan dua bulan berikutnya dalam pencarian sama ada memutuskan untuk berhenti atau tidak.
Pada akhirnya, dia membuat keputusan. Beliau akan membuktikan kepada dirinya sendiri, dan kepada orang lain, bahawa dia dapat melakukan sesuatu yang lebih baik.
Dia memutuskan untuk menggunakan rasa sakit dan penghinaan kegagalan itu bagi mendorong dirinya ke hadapan dan membebaskan diri dari segala batasan yang menghalang.
Pada tahun 1940-an, rekod untuk berlari sejauh satu batu telah mencapai 4:01. Ia tidak berubah sejak itu.
Sebilangan doktor dan saintis mengatakan bahawa secara fizikal mustahil untuk berlari sejauh sebatu kurang dari empat minit.
Bukan hanya sukar, atau berbahaya, tetapi mustahil. Kelihatannya semua itu mustahil sampai semuanya terbukti.
Bannister memutuskan untuk melakukannya - berlari sejauh sebatu kurang dari empat minit. Pencapaian yang benar-benar mustahil - sesuatu yang tidak pernah dilakukan.
Dia meningkatkan latihannya. Dia berlatih setiap hari. Dia melakukan senaman laju.
Dia menggunakan alat untuk mengukur waktu larian. Dia berada dalam beberapa saat atas 4 minit untuk memecahkan rekod empat minit sebatu.
Empat minit batu itu boleh dicapai. Dia mula melihatnya sebagai mungkin.
Tetapi Bannister bukanlah satu-satunya yang melakukannya. Banyak pelari , termasuk saingan utamanya.
Pelari Australia John Landy juga sedang giat berlatih untuk pecahkan rekod. Itu adalah perlumbaan ke bawah dan Bannister mahu menang.
Peluang Bannister datang pada 6 Mei 1954.
Para hanya pakar percaya bahawa catatan itu hanya akan pecah pada hari tanpa angin, pada suhu 20 darjah Celsius, di lintasan tanah liat kering yang keras, mungkin di Skandinavia, dan di hadapan orang ramai yang bersorak puluhan ribu orang.
Kondisi yang sesuai hanya seperti itu.
6 Mei 1954 bukan hari seperti itu. Tidak kelihatan baik dan ideal sekali lagi.
Hari sejuk, trek basah, dan hanya ada 3000 orang di keramaian Iffley Road.
Bannister telah berehat selama lima hari sebelumnya kerana dia telah mencapai puncaknya, baik secara fizikal dan psikologi.
Tetapi Landy sudah dalam perjalanan ke Finland untuk larian berikutnya - dalam keadaan yang "ideal" mengikut para pakar.
Bannister tahu bahawa jika dia tidak memecahkan rekod pada hari itu, Landy mungkin akan mengalahkannya.
Tidak ada pilihan lain.
Mustahil adalah kata yang akan ditemukan hanya dalam kamus orang bodoh. Kerja keras, perjuangan, ketekunan, kesungguhan, ternyata bukan slogan mustahil.
Bannister menghabiskan waktu pagi di hospital di mana dia berusaha untuk mendapatkan ijazah perubatannya. Dia bimbang dengan cuaca - angin kencang pada hari itu.
Menjelang petang, hujan turun. Pada saat perlumbaan dimulakan, angin mencapai lima belas batu sejam.
Dia memutuskan untuk berlari juga. Jalan masih teramat jauh, mustahil berlabuh bila dayung tak terkayuh.
Enam lelaki memasuki perlumbaan. Segera berlepas, Bannister dan Brasher mendahului.
Brasher mendahului setengah batu pertama. Chataway betul-betul di belakang Bannister. Kemudian dia memotong Bannister.
Bannister memulakan pusingan terakhirnya dengan masa 3.07. Dia perlu melakukan yang terakhir dalam 59 saat.
Dia laju memotong kembali Chataway menuju ke garis terakhir.
Dia tahu ini hari dia. Dunia seakan tidak bergerak.
Bannister berada dalam Leadership Zone. Dunia hanya dia dan trek.
Dia keletihan lelah dan tabah.
Bannister hanya didorong oleh latihan dan tekad bertahun-tahun, dia telah melintasi garisan penamat dan kemudian dipapah lelah.
Bannister keletihan.
Pengumuman datang…
"Tuan-tuan dan puan-puan, inilah hasil acara sembilan, satu batu: pertama, nombor empat puluh satu, RG Bannister, Persatuan Atletik Amatur dan mantan Exeter dan Merton Colleges, Oxford, dengan waktu yang merupakan pertemuan dan rekod baru , dan yang - tertakluk kepada pengesahan - akan menjadi Native English, British National, All-Comers, European, British Empire dan World Record yang baru. Masanya tiga ... ”
Pengumuman itu ditenggelamkan oleh sorakan orang ramai.
Bannister telah selesai dalam 3: 59.4 . Dia sudah berjaya. Dia memecahkan rekod dunia
Dia telah melakukan perkara yang mustahil dilakukan oleh banyak orang. Dia membuat sejarah.
Bannister Membuka Pintu Untuk Orang Lain Melakukan Yang Tidak Mungkin Berlaku Pada Awal Mula.
Bannister kemudian mengatakan bahawa dia percaya Landy telah kehilangan semangat - tanda empat minit telah menjadi hak beliau.
Namun, hanya 46 hari selepas Bannister memecahkan rekod, Landy mengalahkan masanya dan mencatat bawah 4 minit untuk larian sebatu.
Selama beberapa tahun kemudian, semakin banyak orang menerobos tanda empat minit setelah mereka menyedari bahawa ya, itu mungkin.
Manusia bisa mempercayai yang tidak mungkin, tetapi tidak pernah bisa mempercayai yang mustahil.
Setelah Bannister membuktikan bahawa adalah mungkin berlari sejauh satu batu dalam masa kurang dari empat minit, tiba-tiba semua orang dapat melakukannya - membuktikan pelajaran penting:
Setelah anda berhenti mempercayai sesuatu itu mustahil, ia menjadi mungkin.
Roger Bannister mengubah ceritanya.
Dia hanya budak biasa. Tidak ada dorongan mengapa dia harus melakukan sesuatu yang hebat.
Dia hanya budak anak dari keluarga kelas pekerja yang ingin belajar perubatan.
Tetapi Roger memutuskan untuk mengubah keadaan. Dia enggan mengalah pada situasi dan kondisi.
Manusia pada dasarnya lemah tidak akan mampu bergerak sendiri, dan kerananya memerlukan segenap alam semesta untuk membawa impian dan raga kita ke tempat-tempat yang sebelumnya terasa mustahil terjangkau; menjejakkan kaki, merasakan atmosfernya, langitnya, udaranya, dan manusia-manusia yang berjalan di atasnya.
Apabila tidak ada orang yang mahu percaya bahawa matlamatnya dapat dicapai - dia berjaya.
Ketika dia gagal secara terbuka, dia mengangkat dirinya melepasi halangan , dan terus berlari. Ketika pesaingnya semakin mendekati garis penamat, dia mengambil tekad melajukan langkahnya.
Dia mengambil takdir dan mentadbirnya. Dia memutuskan untuk menceritakan kisah yang lebih baik kepada generasi berikutnya.
Dan dengan berbuat demikian - dia melakukan yang mustahil.
Kata pengarang kesayangan saya Paulo Coelho.
“Takdir adalah apa yang selalu ingin kaucapai. Semua orang, ketika masih muda, tahu takdir mereka, pada titik kehidupan itu, segalanya jelas, segalanya mungkin.
Mereka tidak takut bermimpi, mendambakan segala yang mereka inginkan terwujud dalam hidup mereka.
Justeru jangan biarkan daya misterius yang mulai datang seiring usia merasuk diri bahwa mustahil untuk mewujudkan takdir impian masa muda.”