Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Ilmu Supermahal Copywriting
-----------------------------
Tulisan ini adalah catatan “practical intelligence.” Ia bukan sekadar teori untuk mengajar. Ia adalah jawapan kepada “what now, where next?”
Sekarang apa, selanjutnya dimana?
Tulisan saya bawa falsafah jelas, “from theory to profit.” Buku ini adalah pengalaman berkongsi menggunakan tulisan dan bersama membangunkan beberapa syarikat dalam digital.
Lebih penting ia terpakai di Nusantara terutamanya Indonesia dan Malaysia.
Tulisan dalam siri ini adalah himpunan pengalaman benar dalam dunia Digital Network Marketing. Ia juga pengalaman menjadi “kelasi dalam bahtera besar bisnes nusantara.”
Ia bermula pada satu malam semasa PKP, Dato’ Radzi Saleh dari Jakarta menghantar satu salinan tulisan.
Dia bertanya, “bagaimana?” Saya jawab, tulisan beliau adalah copywriting yang mantul. Mantap dan betul.
Ia ada kerangka “TIPS” – Tempt, Influence, Persuade and Sell. Dalam kata lain, ia ada elemen 4 M - Menggoda, Mempengaruhi, Membujuk dan Menjual.
Lantas Dato’ Radzi segera meminta saya membimbing tim copywriter perusahaan beliau di Akademi InspiRadzi, satu peranan baru dari tugasan lain yang telah saya laksanakan sebelum ini.
Pemikiran saya mudah. Sebelum ini saya banyak buat content marketing. Saya datang dari aliran “content marketing-driven strategy.”
Content Marketing, kena ada konten dan kena pandai marketing. Jangan ada content tetapi tidak pandai marketing.
Semua penulis konten yang saya latih pasti tahu konten bukan sekadar konten, ia harus bawa kepada “bottom line.”
Dalam pada itu content marketing juga bukan sekadar pengiklanan yang guna informasi. Konten boleh jadi video, podcast, ebook ataupun gifographic.
Mana marketingnya? Anda harus jadi “pedagang keliling” yang menjaja konten itu kepada publik.
Tulisan anda harus boleh menjual dan menghasilkan sungai wang yang akan mengalir ke kantung syarikat.
Ajaibnya, akan timbul pertanyaan, apakah content marketing dan copywriting itu “blood brothers or ugly sisters” – ia terangkum dalam dua buku penting yang kami terbitkan serentak – Content Marketing dan Copywriting.
Balik pada tajuk buku, copywriting itu apa? Banyak yang akan dijelaskan dalam nota nota penting buku ini.
Ia ilmu dan keterampilan lama, kekal ada sampai sekarang dalam pelbagai bentuk komunikasi terkini dan ia mudah dibaca melalui telefon pintar (smartphones)
Faktanya, copywriting pada “jaman now” adalah memahami bagaimana manusia berperilaku dan berikan mereka alternatif untuk memilih yang terbaik – “better, richer and smarter way of life.”
Sukses mencapai kejayaan, bebas dari kegelisahan dan tekanan dan menemukan solusi dalam hidup.
Inti kepada copywriting adalah “dua P”
Satu, P1 – apakah produk yang anda tawarkan?
Dua, P2 – siapakah pembaca copy anda? Kepada SIAPA, copy ini ditulis?
Apabila menulis copy, garisbawahi, bagaimana P1 dapat beri manfaat kepada P2. Kemudian, bagaimana menjadikan P2 ingin memiliki P1 untuk mememenuhi kehendak mereka.
Semudah itu sahaja kerangka dan cara menulis copy.
Hakikat nyata, tidak begitu. Copywriting memerlukan masa bertahun-tahun untuk menguasai kraf penulisan yang baik.
Anda menjadi penyusun iklan profesional apabila anda dibayar untuk menulis sesuatu. Semakin banyak anda menulis, semakin baik anda menjadi.
“When the time is right, it will cross your path.”
"Apabila waktunya tepat, ia akan melintasi jalanmu."
Bertekun dan bersabar. Anda dapat menjadi "terbaik" dengan cepat. Apa yang harus anda lakukan hanyalah berlatih dan belajar semua yang anda dapat mengenai copywriting.
Apa yang harus dilakukan adalah, “surround yourself with people who make you believe in yourself.”
Kelilingi diri anda dengan orang-orang yang membuat anda percaya pada diri sendiri. Amatur bercakap tentag tips dan taktik. Profesional bercakap tentang logistik.
Dalam pada itu, belajar bagaimana memasarkan diri anda kepada bakal pelanggan kerana anda boleh sahaja menjadi penyusun iklan terhebat di dunia tetapi jika anda tidak dapat memasarkan kemahiran dan perkhidmatan anda untuk diterima pelanggan, anda tidak akan berjaya sampai bila bila.
Copywriting adalah membuat orang bertindak balas dan mengambil tindakan, membeli sesuatu, mengklik sesuatu, membaca sesuatu dan sebagainya.
Tugas anda adalah menyuruh mereka melakukan sesuatu menggunakan teks (audio, video dan foto), dalam dunia digital masa kini. Semudah ini dan sesulit itu.
Apabila saya mula membimbing, saya tanya Pak Radzi dan Miss Ainaa, apakah yang mereka ingin dicapai?
Kunci kepada kesuksesan kehidupan adalah minda. Apa yang ada dalam benak fikir kita?
Kunci kepada apa yang bakal mendominasi pemikiran kita adalah pertanyaan. Lalu saya mulakan dengan bertanya.
Saya perlu memahami keadaan mereka sekarang, pencetus yang lebih mendalam di sebalik permintaan anda, tujuan akhir yang ingin mereka capai, siapakah khalayak anda, dll.
Apabila sudah jelas, dengan menggunakan suara dan keperibadian jenama (brand voice and brand personality) dengan cepat kita mengukuhkan apa yang bakal kita tulis.
Sentiasa percaya dan teruja dengan apa yang anda lakukan. Sikap ambil peduli sering berubah menjadi berkualiti.
Kemudian berfikir secara strategik mengenai susun atur dan susunan copy samada guna akronim HOCI, SHE HERO, AIDA. AIDCA, PAS atau apa jua pastikan dapat menyampaikan rancangan yang jelas kepada bakal pelanggan.
Sepertinya setiap copywriter akan mempunyai jawapan yang berbeza untuk yang satu ini.
Jawapan yang paling sukar ialah belajar bagaimana menyampaikan mesej baru kepada bakal pelanggan supaya mereka segera membeli.
Ini seakan kembali ke Sekolah Menengah apabila anda mengambil aktiviti pembelajaran deskriptif dalam kelas Bahasa.
Ini adalah aspek yang paling penting dan paling asas dalam Penulisan Naskah (copywriting) dan menurut saya juga yang paling sukar untuk dipelajari.
Jarang sekali anda membaca copy dalam talian dan mengetahui 100% apa yang dibincangkan oleh penulis.
Ini adalah kemahiran yang memerlukan banyak latihan dan usaha. Mungkin kerana kebanyakan orang ingin memberi tumpuan untuk membuat copy mereka dapat menjual, atau terdengar menarik.
Tetapi yang mereka lupakan ialah jika pembaca tidak memahami apa yang anda cuba sampaikan kepada mereka, mereka tidak mungkin dapat membeli produk atau perkhidmatan anda, kerana mereka tidak tahu apa yang mereka patut beli!
Amalan yang baik yang saya gunakan semasa menulis copy adalah membaca semula apa yang saya tulis dari perspektif sebagai orang tua yang pemarah.
Saya mempersoalkan setiap kata, pernyataan, kesimpulan dan jika saya benar-benar dapat membuat bantahan yang dapat dibenarkan, saya mengubah ayatnya.
Tidak kira seberapa baik saya fikir kedengarannya. Copywriting yang terbaik adalah copy yang jelas. Ia akan mengatasi copy yang pintar setiap masa.
Ada satu lagi bahagian yang paling sukar untuk belajar. Apakah dia? Copywriting yang siap ditulis akan menerima maklum balas (umpan balik) negatif yang merupakan sebahagian besar dari proses pembelajaran.
Sungguh sukar mendengar bahawa seseorang tidak menyukai tulisan yang telah anda habiskan selama berhari-hari untuk menyiapkannya.
Lebih mengecewakan bahawa mereka tidak memahami apa yang anda cuba sampaikan.
Aaahaa. Jika anda dapat mengambil maklum balas, tidak kira seberapa banyak yang menyakitkan ego anda, maka anda akan berkembang sebagai “Penyusun Iklan” dengan cepat.
Untuk menjadi hebat dalam copywriting, anda harus mengabaikan ego anda sepenuhnya dan mendengar apa yang diberitahu oleh dunia, jika tidak, apa yang anda tulis tidak akan berjaya. Jomm kita masuk kuliah copywriting.