Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Jadi Storyteller

Cerita yang hebat berlaku pada siapa yang dapat memberitahu dengan minda yang jernih, hati yang bersih dan lidah yang fasih.

Kita mungkin belum jadi yang terbaik. Apa yang penting mulakan sekarang. Beritahu apa yang baik.

Perlahan lahan dalam edaran masa, kita akan jadi magnet menarik. Membawa kita naik ke puncak tinggi sehingga dapat melihat panorama kehidupan yang baik baik sahaja.

Narrative Intelligence adalah fondasi kepada Business Leadership.  Ia adalah apa yang dipanggil Next Level Leadership.

Storytelling adalah inti pada kemahiran perlu era Youtubers dan Tik Tok.  Paksinya pada tiga perkara utama.

Satu. Ia harus benar. Autentik.

Di ceritakan berasaskan sumber dari tempat kejadian. Manusia sekarang mahu lihat sumber alam, kehijauan redup pandangan dan aneka warna kecantikan kehidupan.

Setiap orang ada point of view yang bebeza. Sampaikan dari sudut pandang kita.

Tiada kebenaran mutlak dalam kehidupan melainkan soal akidah “bagi ku agama ku, bagi mu agama mu”

Dua. Ia disampaikan dengan turun merendahkan sayap. Tiada lintasan tonjol diri, melainkan di sampaikan dengan jiwa murni ingin berkongsi.

Manusia suka cari tahu. Mereka juga suka diberitahu dengan cara yang personal oleh storyteller yang pandai bercerita tanpa angkat bakul tonjol “siapa aku”.

Tiga. Bercakap tentang masa sekarang dan masa depan. Bebas dari luka dendam masa silam. Percaya pada “forward progress”.

Master Storyteller adalah mereka yang menguasai dirinya. Master his own life.

Mula berfikir secara naratif mulai dari sekarang.

Kita berada dalam era luar biasa. Masa semakin mencepat.

Jarak antara idea dengan tindakan  untuk jadikan idea sebagai realiti semakin mendekat. Tiada lagi Tangguh bertangguh.

Kata kunci dunia masa kini adalah Lakukan Sekarang.

Leader yang hebat adalah adunan antara dua watak. Storyteller dan magician .

Pandai menenun (mengkisahkan cerita) dan kemudian menjadikan idea itu satu realiti.

Leader yang bermanfaat adalah adunan antara dua watak. Strategist merangka apa yang bakal berlaku di lapangan dan panglima yang siap turun ke medan berani “berperang.”

Leader yang hebat adalah mereka yang berpengalaman dengan dunia dan hukum kebijaksanaan alam serta siap lakukan kesilapan kesilapan dalam meredah denia perjalanan baru kehidupan.

Cultural Futurist, Terence Mckenna menyebut,

“Rahsia pada setiap keajaiban ada pada perkataan. Pandai guna perkataan , kita akan dapat buka tabir alam”

Bisnes sentiasa berdepan dengan apa yang kita panggil “defining moments”.  Antara tugas pertama orang bisnes adalah berkongsi ilmu ilmu bisnes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *