Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Kami melepasi satu kedai. Saya pun berkata,"satu masa papa mahu beli xxxx (barang dalam kedai itu)"
Piya, "Beli sekarang lah. Sudah banyak kali Piya dengar. Kita lewati kedai ini sahaja, papa pun berkata, mahu beli. Beli sahaja'.
Saya, "papa anak orang tidak berada. Mahu satu benda, kena ada hitung kira. Kena tangguh apa yang mahu dibeli"
Piya, "ooooo. Piya minta sahaja papa belikan". Saya, "Piya anak papa".
Piya, "Piya selalu mahu itu dan ini. Tapi Piya lihat papa selalu tangguhkan apabila mahu sesuatu. Piya pun tak minta banyak dengan papa. Piya tahu papa mesti takda duit. Apabila mahu satu benda, banyak pula kira kira".
Piya sambung lagi, "Piya tengok papa mula simpan duit rm300 sebulan sejak 3 bulan lepas. Piya tahu sebab Piya baca nota papa".
Saya, "Apa yang Piya tahu?"
Piya, "papa mahu beli Iphone 7 plus. Papa simpan rm500 sebulan. 10 bulan simpan dapat beli". Saya, "Ya Cikpuan Muda Piya".
Piya, "Beli buku papa tidak fikir pula".
Saya, "Itu pelaburan. Dengan ilmu itu papa akan buat buat buat sampai dapat duit. Buku beri idea. Dari idea jadikan invois".
Piya, "Terima kasih papa". "Piya belajar lihat apa yang papa buat"
Saya, "papa buat juga untuk Piya lihat" "Ada orang signifikan. Ada orang tidak signikan". "Piya dan kakak kakak adalah signifikan dalam hidup papa".