Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Hidup Kena Pagi! Mula 3 Jam Sebelum Orang Lain Mula

Jam 5 pagi, Piya turun dari atas dan masuk bilik belajar. Saya sedang buat kerja. "Cepat. Kita kena sampai sekolah sebelum 6.30 pagi. Nanti lewat. Lepas solat subuh terus berangkat".

Mama, Cikpuan Ruzita Jaafar kata, "Apa hal mahu kalut. Periksa telah tamat".

Piya, "Hidup kena pagi. Mula 3 jam sebelum orang lain mula"

Mama, "Banyak teori papa tu". Piya jawab dan jelaskan "nanti kita aplikasi pada teori itu. Tahu dulu. Kemudian buatlah apa yang perlu".

Saya masih diam. Pagi sangat. Susah perkataan mahu keluar.

Dalam kereta saya mula berkata, "Pagi pagi jangan kalut. Hilang itu hilang ini. Sentiasa ada senarai "apa yang kita mahu buat dan apa yang kita tidak mahu buat"".

Piya, "ohhhh. hari ini kena derma kepada sekolah rm50. Derma ini dikutip dan minta dari orang. Sekolah Cina tak dapat bantuan kerajaan".

Saya, 'Bagus lah. Jumpa orang. Minta sokongan dan bantuan kewangan. Itu latihan yang bagus. Atasi "fear of rejection"".

Piya, "Sekarang saya target seorang sahaja. Buat apa saya pergi tadah tangan pada orang yang belum tentu dapat. Saya fokus untuk seorang sahaja kata "YES"?

Saya, "Siapa orang itu?".

Piya, "Papa lah". Saya,"No. Dusta kata kerajaan tak bagi duit. Siapa bayar gaji guru dan banyak lagi bantuan. Yang kerajaan tak bagi sekolah Cina dan bagi kepada sekolah kebangsaan hanya dalam beberapa perkara. Antaranya belanja baik pulih bangunan".

Piya, 'Yang tak bagi itu lah kena tampung".

Saya, "Be specific. Usah lkelirukan orang yang mahu bagi".

Piya,"rm50. Ia adalah sumbangan kepada mereka yang telah ajar kita ilmu dan sikap baik terutama DISIPLIN".

Saya, "Baik". Dalam hati tak tamat "debat" dengan budak macam ini. Apabila dia buat keputusan , sukar mahu beri hujahan balas. Ada masa lain baru dapat ulas dan kupas.

(Bersambung).

Leave a Reply

Your email address will not be published.