Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Jangan Sesekali Putus Harapan Kalau Mahu Menang

Piya, "Kita main kena ada papa. baru betul. Bukan main saja saja"

Saya, "Apa yang kita belajar dari permainan ini?". Piya, "dalam kehidupan ini, kita jangan sekali pun putus harapan walaupun pada masa itu kita berada pada "lowest point" dalam kehidupan".

Nursyazwani, " Usah ceburi bidang bisnes, apabila hati kita kecil. Hati tisu mudah sentap. Macam macam orang boleh buat pada kita".

Nursyahirah Aisyah, "Ada masa kita banyak duit. Peluang untuk beli tiada. akhirnya kita tiada aset yang boleh beri pulangan pada kita. Pandai urus duit satu hal, pandai cari peluang adalah hal yang lebih penting. Akauntan ramai pandai pada tahap satu sahaja".

Nursyafiqah, "Bergantung pada LUCK juga. Luck bukan mandi bunga. Hahahaha. Gerakan itu asyik kena aja" "macam main game Monopoly Empire tadi Piya menang. Sekarang main game World Edition, saya pula menang".

Saya, "LUCK itu apa akronimnya".

Nursyafiqah, "Logistik, Lingkungan, Latar Persekitaran. U adalah Understanding, kefahaman kita. C adalah Commitment and Consistent. K adalah Knowledge, Kerja keras, Kerja Cerdas".

Saya, "Bagus. Sekarang baru kita bermain dengan belajar ilmu".

Piya, "main lagi sekali. Tadi saya sudah mahu menang. Sayang duit sudah habis".

Saya, "Allah gilirkan kemenangan. Kita bermain untuk bersenang senang dengan hati tenang. Bukan ukuran berapa kali menang. Ukurannya kefahaman tanpa ada rasa sentap bagai direntap masa kalah".

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *