Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Rule of One

Malam ini kami main Monopoly. Anak beranak . Piya sangat berharap yang menang samada dia atau kakak kakak dia. Tiba tiba papanya menang.

Piya hairan. "Semua orang tumpu untuk mengalahkan papa dan papa tetap menang. Apa rahsianya?". Saya, "Tiada rahsia. Cuma papa fokus pada pergerakan (baling dadu untuk dapat mata banyak supaya dapat berpusing laju dan kutip rm200 setiap kali berpusing)"

"Landing pula atas tanah yang boleh dibeli segera. Banyakkan harta supaya dapat kutip sewa. Ada duit buat beli harta lagi. Kata kuncinya lajukan pergerakan".

"Pengurusan Strategi ---> satu dari 6 dimensi Pengurusan". "Ini maksudnya kepemimpinan Piya"

Piya, "Maksudnya?" . Kakak kakak jawab, "Maksudnya kita kalah dan papa sentiasa menang". Saya, "Bukan macam itu.Mana ada orang sentiasa menang atas dunia ini".

"Ia bawa kepada perkara nombor TUJUH dari 15 perkara yang papa mahu kata. Ia adalah tentang rukun faham dan pastikan seorang sahaja faham dan jelas akan tujuan kita" " Kita panggil itu sebagai Rule of One".

Saya, "samada mahu dapatkan kerja, mahu mulakan bisnes, mahu kahwin, kita hanya perlukan seorang sahaja katakan "Ya". Kenalpasti yang seorang itu siapa? Apabila yang seorang itu kata "Ya", baru kita atur taktik untuk dapatkan persetujuan mereka yang disekeliling dia"

"Semua orang berjaya tahu, hanya satu peluang, hanya seorang kata "Ya" dan dunia akan berubah segera. Kita akan berangkat ke next level. Tahap seterusnya".

"FOKUS. Itu rahsianya anak anak ku". "Fokus kepada orang yang buat keputusan. Dengan yang disekeliling, elakkan dari bergaduh dengan mereka". "Itu sahaja".

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *