Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Kepentingan “Online Social Networks”

Piya, "Papa beritahu senario nombor KELIMA untuk berjaya pada masa depan?". Saya, "Perkara nombor lima adalah kehidupan peribadi kita sudah tidak bertabir lagi. Ianya telah diselak dan terdedah"

"Kata lainnya, Purata Gen Y terdedah dengan Facebook adalah 16 jam sehari". "Ini maksudnya apabila mereka balik dari kerja, teman teman setempat kerja masih boleh tahu lagi pergerakan mereka. Ini dua kali ganda masa dari era papa. Kami hanya tahu pergerakan teman sepejabat 8 jam sehari sahaja".

Piya, " apa kesannya?". Saya, "Ini kegilaan yang berangkai. Satu mesej meroyan yang kita hantar akan membolehkan pengurusan dan teman tahu tahap mana emosi kita. Walaupun kita bisnes sendirian sebagai solopreneur. Pelanggan akan tahu watak kita".

Saya, "Bahaya besar menanti. Perkara kecil dan remeh dinilai semua orang. Cara kita berpakaian, bertingkah laku, bahasa badan, dengan siapa kita keluar makan apabila sudah ada dalam "online presence" boleh melonjakkan brand kita. Boleh pula menghancur leburkan masa depan".

Piya, "erghhhhhh".

Saya, "Kita masuk pula pada perkara nombor ENAM. Apabila kita faham akan senario nombor lima, kita kena bina "positive presence" dalam media baru ini. Cepat cepat ambil manfaat. Sekurang kurangnya dua perkara.Piya kena bina "online social networks". Bina hubungan dengan mereka yang ada minta sama dengan kita. Bina reputasi"

"Ambil kesempatan belajar. "Online Opportunities" akan membolehkan kita "dig deeper". Gali dalam dalam. Kena pandai mendulang "emas ilmu" dalam sarat sampah yang bertaburan disekitar"

"Kita boleh jadi pakar dengan mendulang ilmu dalam FB 3 jam sehari. 21 jam seminggu. Hampir 1000 jam setahun".

Piya, "Ada yang Piya faham. Ada yang rasa macam di awangan sahaja. Tak pa. Nanti papa posting kan perbincangan kita ini. Piya simpan. Satu masa cuba mahu faham juga"

Saya, "Nanti papa sudah tiada". Piya, "Jangan cakap macam itu".

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *