Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Belajar, Belajar dan Terus Belajar

Saya, "Dunia masa depan berbeza. 60 % dari kerja masa depan memerlukan kemahiran yang berbeza. Hanya 20% manusia sekarang yang sedia untuk belajar kemahiran baru itu". "Ini kajian yang dibuat di Amerika Syarikat. Malaysia pun lebih kurang. Kita ikut trend mereka".

Piya, "maksudnya kena belajar dan belajar".

Saya, "Sentiasa bersedia untuk belajar. Sentiasa jadi orang yang boleh diajar. Kurangkan "kurang ajar" mahu berperang atars perkara tidak wajar. Sentiasa sedia untuk mengajar. Itu cara tambah ilmu".

Saya, "Soft skills have become more important than hard skills"

Piya, "Apa dia soft skills?".

Saya, "Soft skills adalah interpersonal manakala hard skills adalah teknikal. Syarikat masa depan akan mencari mereka yang berketrampilan dalam bahasa, menulis lapuran dan berani ke depan bercakap dengan yakin".

"Tahu organizational skill, boleh memimpin dan mengurus dalam 6 DIMENSI, mahir bekerjaasama dalam kumpulan, bijak mendengar dan catat nota serta ada coaching skills yang baik".

Piya, "ini baru yang KETIGA". Saya, "Ya Piya. Boleh papa sambung yang KEEMPAT pula".

Saya, "Ini penting.Pada masa depan yang paling mahal adalah MODAL DIRI. Aset paling berharga adalah REPUTASI. Jawatan pangkat dan kebesaran adalah bagus untuk besarkan Ego. Tak lama semua itu akan "GO". "Grand scheme of things" adalah apa yang kita tahu, MODAL ILMU dan MODAL KEMAHIRAN".

"Bagaimana orang akan raikan apa yang kita tahu. Siapa yang kita kenal. Siapa pula yang kenal kita. AURA yang kita berikan pada orang disekitar kita".

"Apa yang kita lakukan adalah penting. Apa yang orang fikir tentang apa yang kita lakukan itu juga sama pentingnya"."Kata mudah, Piya tulis apa yang papa cakap ini, terpenting adalah MODAL SOSIAL. "If you build a strong reputation, the money and opportunities will find you"".

Piya, "WOW" . "Apa cara tercepat untuk dapatkan modal sosial itu papa?" .

Saya, "Anakku Piya, dengar baik baik kata kata Papa ini. Simpan dalam lipatan hati. Satu sahaja . FEEDBACK. Papa sukakan FB sebab segala "likes, comment dan shares" serta followers itu adalah maklumbalas". "Kita akan boleh bawa perbezaan, apabila kita "letak telinga di lantai bumi dan terima maklumbalas denga berani".

Piya, "Ooooooo. Parti yang papa sertai sekarang ada masalah sebab tidak dengar maklumbalas ya. Banyak sangat syok sendiri. Hentam berapi orang yang beri pandangan berani".

Saya, "oppppppssss Piya. Dapat dari mana semua ini. Dari sekolah?".

Piya, "Dari DNA Roslan Ab Hamid. Sentiasa ada RIT"

(Nota: RIT = Rasa Ingin Tahu)

P/S: Nak belajar ilmu tentang Public Speaking? Klik https://roslanabhamid.com/psm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *