Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM
Piya, "Papa ajar saya, Bagaimana Mahu Berfikir Dalam Kotak. Papa kata, sibuk sangat orang nak berfikir luar kotak. Kita besarkan kotak dan berfikir dalamnya"."Macamana caranya Papa?"
Saya, "PERTAMA, pegang kata kata ini, if you work really hard, make yourself expert on something, and pursue your passions, you will be able to achieve what you want".
"Satu masa Piya akan bekerja. Tempat Piya bekerja itu namanya "workpalce". Di situ ada "Job Description". JD is your beginning. Kita berada dalam dunia yang kita tidak lagi boleh buat sekadar buat. You can't be doing just bare minimum unless you're working for your papa".
Piya, "Aahahaa, Saya mahu kerja dengan papa saya".
Saya, "A big no no no. Papa akan train Piya sampai usia 25 tahun dan lepas itu terbang tinggi. Ini bawa kepada perkara KEDUA yang papa mahu beritahu. Semua kerja dalam dunia sekarang adalah sementara. Temporary. Termasuk apabila kita kerja dengan syarikat sendiri. Kita juga mungkin berubah sektor dan bidang".
"Usah rasa selesa. Belajar untuk selesa dalam suasana tidak selesa"
Piya, "contohnya". Saya, "sebab itu papa hantar Piya sekolah Cina. Apakah Piya rasa selesa. Tentu tidak pada mulanya. Namun, hakikat nyata, Piya kena rasa selesa. Sekarang papa rasa AQ Piya sudah tinggi".
Piya,"AQ itu apa? Lupa dah".
Saya, "An adversity quotient is a score that measures the ability of a person to deal with adversities in his or her life. Hence, it is commonly known as the science of resilience"
Piya, "Baru dua. Ada berapa semuanya Papa?" Saya, "Papa akan terangkan 15 perkara. Papa pergi solat maghrib dahulu. Nanti balik, papa terangkan lagi. Piya mandi dan kemudian solat maghrib dan baca al Quran. Please".