Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

If Everyone Has To Think Outside The Box, Maybe It Is The Box That Needs Fixing

Dato' Shafik Fauzan, sahabat baik saya bertanya, "Apa sudah jadi dengan sistem kita. Jaga yang 25% dan lupa alpa pada 75%. Tumpu supaya dapat A pada kelompok ini dan melupakan kelompok yang terbanyak". "Kita kena beri semua pelajar lulus, bukan sibuk kejar A".

Saya, "Tanya siapa ini. Tuan Wakil Rakyat. Exco Kerajaan Negeri. Tuan telah berucap berkali kali dalam PAU".

Dato' Shafik gelak kecil. "Ini yang aku risau. Engkau pun sama. Kawan kawan kata duduk pelopori tentang kecemerlangan anak dan kuat sebut kelas corot".

Saya, "Dato' Shafik. Anak aku 4 orang. Itu 100% bagi aku. Aku bukan wakil rakyat. Bukan pemimpin besar. Bukan penentu dasar. Allah akan tanya aku tentang bagaimana aku menguruskan 4 orang anak perempuan aku"

Dato' Shafik, "Engkau tu Wakil Rakyat FB. Pemimpin Berpengaruh".

Saya, "If everyone has to think outside the box, maybe it is the box that needs fixing". "Aku bermain dalam kotak yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan JPN. Aku akan hidup dengan besarkan kotak. Bukan urusan aku untuk berfikir dan beritahu kerajaan ada ruang lain di luar kotak".

Dato' Shafik, "Macam orang kecewa nampak".

Saya, "Berdamai dengan diri".

Leave a Reply

Your email address will not be published.