Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Powerful Connector – Networking

Hari ini seharian saya keluar. Balik, Piya tanya, "Papa ke mana.Tidak nampak sehari". "Piya baca FB Papa sahaja mahu tahu pergerakan".

Saya, "Papa pagi ke masjid. Jalan kaki. Balik jam 6.30 pagi, papa jalan kaki lagi keliling kampung. Dapat 3500 langkah".

Piya, "Pagi papa bangun?. Piya bangun jam 6.15 pagi, tengok papa dah tak ada".

Saya, "Papa bangun jam 4.30 pagi tadi. Papa tidur jam 9.30 malam. Dapat 7 jam. Hanya 2 jam 30 minit deep sleep. 4 jam 30 minit lagi light sleep aja berdasarkan rekod pada jam MI Band papa".

Saya sambung, "Pagi ini papa solat di masjid. Solat berjamaah membantu seimbangkan ion positif dan negatif. Ion seimbang apabila manusia berhimpit-himpit dan berapat-rapat"

Piya, "Banyak benda papa tahu. Tapi papa tidak hebat pun. Kawan kawan papa semua orang hebat. Piya tengok semua jawatan besar"

Saya,"Betul tu. Papa orang kampung biasa. Banyak manfaat dapat berkawan dengan orang orang hebat ini". “Apa yang penting adalah jadi powerful connector. Piya kena belajar dari awal lagi konsep 5+50+500+5000+50,000". "Ramai orang belajar MBA. Mereka tidak belajar ber-network".

"Papa, ini lukisan Kak Yah hari ini. Dia lukis Girafah" "Piya belum lukis apa apa hari ini.Mahu rehatkan minda dahulu".

Saya, "ok. Kak Yah, faham konsep panjangkan leher, lihat dunia dari tempat lebih tinggi dari orang lain"..

Piya, "Malam ini papa mahu ajar APA? Sementara Piya siapkan 101 Matlamat dalam kehidupan".

Saya, "Malam ini papa Akan ajar Bagaimana Mahu Berfikir Dalam Kotak. Sibuk sangat orang nak berfikir luar kotak. Kita besarkan kotak dan berfikir dalamnya".

(Bersambung).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *