Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

101 Matlamat Dan Impian Hidup

Jam 1.45 petang kami telah tunggu Piya. Beliau berlari balik dari sekolah. Hari ini hari terakhir periksa UPSR.

Saya lihat dia tidak ceria sangat seperti lepas peperiksaan Matematik , kelmarin. Saya diam. Tunggu Piya buka mulut.

Naik atas kereta, dia berkata, "Agak mencabar. Jawapan dekat dekat. 40 soalan objektif, kertas 1. Kertas 2 , 40 soalan subjektif. Masa jawab hanya boleh guna 3 sahaja perkataan selain dari Bahasa Cina."

Piya, "Saya gunakan talian hayat itu untuk perkataan peti sejuk dan badak . Saya tulis dalam bahasa Inggeris, guna abjad rumi. Saya tidak ingat dan agak keliru untuk guna character Cina bagi dua perkataan itu".

Saya, "soalan faham atau tidak?" . Piya, "faham . Soalan dalam Bahasa Cina dan English. Mudah bagi saya untuk faham soalan. Jawapan pun saya boleh jawab semua. Cuma saya tidak pasti betul atau salah".

Saya, "ok. Dalam kehidupan tiada betul atau salah mutlak. Kecuali dalam soal akidah. Lain dari itu ianya bukan pilihan satu jawapan. Hanya sekolah mengajar kita kena pilih satu jawapan yang mereka kata betul"

"Jadi, jangan risau. Faham soalan. Jawab semua dalam masa yag di beri. Pada papa, PROSES kita telah selesai" "Salam papa"

Piya, "Untuk apa papa?" . Saya, "Pertama, papa mahu minta maaf. Sepanjang 10 bulan kita bersedia, papa banyak guna "comand and control." Papa tidak wajar buat begitu. Papa telah tunjuk proses. Tajam minda kita apabila sanggup belajar di luar bilik darjah 3 jam atau lebih sehari"

Piya, "selepas ini papa ke mana?" Saya, "Papa ada. Cuma tahun depan, Piya telah berusia 13 tahun. Piya kena belajar berfikir aras tinggi. Ada wawasan masa depan. Tidak perlu dorongan luaran sangat".

Saya, "Dorongan dalaman itu yang paling mahal dalam hidup ini". "Masa rehat 3 bulan ini kita tulis 101 matlamat. Berimpian dan berangan angan. Ianya percuma. Mahal makna apabila kita sudah menulis 101 matlamat".

Piya,"Baik papa".

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *