Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Work Hours
Monday to Friday: 7AM - 7PM
Weekend: 10AM - 5PM

Hidup Berjaya Mati Masuk Syurga

Piya, "Saya mahu relaxkan minda . Mahu melukis dengan Kak Yah".

Saya, "Esok exam Sains. Usah terlalu leka. Apa kata tangguhkan kegiatan melukis itu esok. Hari ini buat ulangkaji sikit. Susur balik apa yang telah dipelajari".

Piya, "ok lah.Petang ini saya mahu bawa "bubu" pergi klinik. Dia ada ulcer pada mulut. Minta bubu doakan saya esok".

Saya,"hmmmm. boleh-LAH". Piya, "kenapa ada LAH. Marah".

Saya, "ok lah dapat jawapan boleh lah".

Piya, "Maksudnya". Saya, "Pilihan ditangan kita. It is not what you're born with or what happens to you in life. It's the choices you make along that way that determine your ultimate destiny".

"Satu masa dalam hidup Piya akan faham, ada orang belajar tidak pandai masa sekolah rendah dan menengah. Akhirnya berjaya dalam hidup. Apabila tiba saat ,kita buat pilihan mahu berjaya, InshaAllah kita boleh berjaya"

"Ada hubungan langsung antara bagaimana kita berfikir dengan bagaimana kita rasa" "Persepsi dan jangkaan pada masa lalu akan membolehkan kita melihat dunia dalam satu cara tertentu. Apa yang berlaku telah kita lihat dalam minda, sebelum ia berlaku".

Piya, "Jadi, Papa mahu Piya lihat diri sebagai orang berjaya awal sejak usia muda. Berfikir dan merasa diri sebagai orang berjaya. Bina pandangan dalam minda dan mata hati kejayaan yang terang benderang pada hari muka. Begitu".

Saya, "Tepat anakku. Hidup Berjaya Mati Masuk Syurga" "Bersedia untuk mengalah pada desakan mahu berpoya dan bersuka ria". .

"Bukan takut untuk melangkah. Undur ke belakang beberapa langkah bagi mencari arah untuk melangkah gagah ke depan supaya lebih terserlah"

Piya, "Esok saya boleh melukis" . Jawab saya, "Boleh".

Nur Syahirah Aisyah menyampuk, "Jadi macam saya dik. Saya berikan semua A dari UPSR, PMR, SPM sampai Universiti saya berikan Ijazah Kelas Pertama untuk papa dan mama. Sekarang saya mahu jadi pelukis dan pereka fesyen".

Saya, "Boleh. Kak Yah akan jadi pelukis masa senggang, hujung minggu. Pelukis-Akauntan yang bekerja di Ernst and Young Tax Consultants sehingga dia sedia memimpin syarikat sendiri 10 tahun lagi selepas dapat PhD".

Dua dua jawab, "Ermmmmmmmmmm". Bergaung bunyi dalam anak tekak masing masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *